Friday, December 27, 2013

Nasi Kandar Beratur Kapitan Keling Penang

Nasi Kandar Beratur . Seperti namanya, bersedialah untuk beratur tidak kurang daripada 30 minit untuk giliran anda  untuk makan di restoran ini. Bagi mereka yang dah biasa dengan restoran ini dan bagi peminat setia nasi kandar beratur mereka akan datang sekurang-kurangnya 30 minit sebelum kedai itu dibuka untuk mendapatkan nasi kandar yang terawal. Setiap kari mempunyai campuran kompleks rempah ratus dan dimasak berjam-jam untuk menghasilkan keseimbangan wangian dan rasa nasi kandar itu. Semua yang dihidangkan oleh restoran ini memang sedapppppppppppp.  Berbaloi menunggu lama.

Mak Dara sendiri tidak ketinggalan  untuk merasa kenikmatan nasi kandar beratur ni apabila bercuti ke Penang dua minggu lalu. Dan apabila menjejak saja kaki ke sana ternyata memang panjanggggggg bebenor barisannya.. Moh Mak Dara 

ini lah dia kedai Nasi Kandar Beratur

Mak dara dan anak anak pekena nasik kandaq

tak sempat nak snap pic nasinya 
dah habis dingap kami semua haha

aiseymen kantoi mak dara tambah nasi muahaha

haaa panjang ka dak. depa beratur. panjangggggg kannnn 



makin lama makin panjang barisan

alhamdullilah.. memang sedappppp

Syukur alhamdulillah dapat juga Mak dara dan keluarga merasa makan nasi kandar beratur yang femes emes ni. Dan memang terbukti SEDAPPPP dan memang berbaloi beratur pepanjang pun...  Jadi pada anda yang nak ke Penang tu jangan lupa pekena NASI KANDAR BERATUR ni k.. 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK