Hari ini pasti ramai ibu bapa membawa anak anak mereka ke Hari Orientasi bagi Tingkatan 1. Mak dara dan somi juga baru saja balik dari sekolah Menengah Seri Keramat bagi membawa anak kedua Mak Dara yang akan mula bersekolah di situ.. Program orientasi pelajar tingkatan 1 ini diadakan bagi memberi keyakinan diri kepada pelajar sendiri selain daripada memberikan mereka peluang untuk berkenalan antara satu sama lain.
Mak Dara dan Anak Dara siap untuk ke Hari Orientasi hehe
para ibubapa yang mendengar taklimat dr pengetua sekolah
para ibu bapa beratur untuk membuat bayaran koperasi
lepas bayar duit koperasi kena bayar utk PIBG & ect
nasib baik dapat no giliran yg pertama hehe
Seronoknya Danina apabila rakan sekolah rendahnya belajar
di kelas yg sama dengannya
Adza Danina bersama rakan sekelas dan cikgu kelas
lps bayar boleh bawa anak2 pulang
selesai le hari orientasi tingkatan 1
MATLAMAT HARI ORIENTASI
Program ini bertujuan untuk mendedahkan murid dengan maklumat-maklumat asas kurikulum serta asas kendiri yang jelas demi memantapkan personaliti murid keseluruhannya dalam permulaan pendidikan menengah rendah.
OBJEKTIF HARI ORIENTASI
* Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah yang baru.
* Murid-murid memahami kurikulum, ko-kurikulum dan budaya belajar sekolah menengah.
* Supaya mereka dapat menyediakan fizikal, mental dan emosi yang membina di alam sekolah menengah.
* Mengeratkan hubungan yang baik antara murid baru dengan warga sekolah.
* Melatih murid agar boleh berdikari, yakin diri dan berkemahiran.
SASARAN HARI ORIENTASI
Semua murid Tingkatan 1 Sesi 2014
Rasa macam sekejapppp sangat tup tup dah masuk tingkatan 1 dah anak dara mak si Adza Danina Kirana ni.. Ohhh cepatnya masa berlalu kannnnn... Adalah diharapkan dengan terlaksananya minggu orentasi ini, semua murid-murid dapat mengenali persekitaran dan budaya sekolah baru mereka. Dan diharapkan mereka dapat mengenali warga sekolah yang berkhidmat di sekolah itu. Dengan ini barulah fizikal, mental dan emosi mereka dapat disediakan dengan lebih terbina . Semoga anak anak kita seronok untuk memulakan sesi persekolahan mereka nanti insyaa allah.