Assalam duhai teman.. Ya sejak kebelakangan ni Mak Dara agak jarang jarang dan kadang kadang mengupdate entri di blog kecintaan Mak Dara ni kan.. Ya la sejak dah pegang dua tanggungjawab besar iaitu sebagai Ibu dan ayah kepada 4 orang cahayamata Mak sejak pemergian arwah suami mak membuatkan Mak Dara tidak punya kekangan masa yang secukupnya untuk mengarang.. Jadi beberapa hari yang lalu Mak Dara membuka peluang kepada teman teman facebook Mak Dara jika ada sesiapa yang sudi untuk menjadi PENULIS JEMPUTAN di blog picisan Mak Dara ini.. Ingatkan takde yang sudi namun alhamdullilah ada juga yang sudi.. Jadinya mari Mak Dara kenalkan dengan PENULIS JEMPUTAN pertama bagi Mak Dara iaitu blogger Farhana Mohamad iaitu pemilik blog http://farhana-mohamad.blogspot.com/
Farhana Mohamad
Mari kita baca nukilan Farhana yang berjudul KEHILANGAN....
-KEHILANGAN-
Mungkin ada yang pernah
mengalami kehilangan orang yang kita sayang. mungkin ada yang belum pernah
mengalaminya. untuk pulih kembali bukannya sesuatu yang mudah. untuk terus
kembali ceria bukanlah semudah yang disangka. Kenangan ketika bersama memang
sentiasa bermain di fikiran. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk terus pulih
100%. Ada sesetengah orang memakan masa bertahun untuk pulih.
jika kehilangan itu
berlaku dalam proses yang perlahan, mungkin kita tidak terlalu terkejut. Orang
yang kita sayang menderita sakit, dan peluang untuk sembuh seperti sediakala
amat tipis. Dari mula dia sakit, kita mungkin dah boleh redha dan bersedia
untuk kehilangan dia pada bila2 masa.
Berlainan pula jika kita
kehilangan orang yang kita sayang secara mengejut. Kita langsung tidak bersedia
untuk menerima berita kehilangan. Tiba-tiba sahaja mendapat berita yang
sememangnya langsung tidak pernah terlintas yang beliau akan pergi dulu. Ibarat
terkena petir! Bukan kita tak redha, cuma terkejut.
Dan orang sekeliling.
Ada yang sentiasa memberikan kata semangat dan ada sesetengahnya pula langsung
mematahkan semangat yang baru baik.
“ehh kau, orang tu dah
takde, cari je la yang lain.”
“dia yang takde bukannya
kau. Kenapa susah sangat kau nak lupakan.”
Amboii mulut. Cili nak?
Ingat senang nak
lupakan?
Ingat nak cari pengganti
tu ibarat seperti awak ke tesco dan pilih barang yang nak beli.
Jangan kau tanya bila
orang tu nak kahwin lagi mahupun mencari pengganti, itu soalan yang sangat
membunuh. itu antara dugaan yang perlu ditempuh bagi mereka yang kehilangan
pasangan hidup. pakwe, tunang, ataupun suami.
kehilangan ibubapa, itu
yang mungkin akan dilalui hampir kesemua kita. bagi kaum adam khususnya,
belajarlah untuk mengimami solat jenazah ibu, ayah mahupun adik beradik kita
sendiri. alangkah bahagianya rasa bila
melihat seorang anak menjadi imam solat jenazah ibubapanya mahupun ahli
keluarganya sendiri. jarang sekali dapat melihat seorang anak mengimamkan solat
jenazah ibubapa sendiri. Dan pasti ibumu tersenyum bila melihat anak yang
mengimamkan solat jenazahnya. Sungguh beruntung dirimu ibu. :)
Mereka sekeliling memainkan
peranan penting dalam menaikkan semangat dan mengurangkan kesedihan ahli
keluarga. Teruskan bagi semangat pada mereka. Kadang mereka nampak kuat, tapi
hakikatnya mereka belum kuat. Semangat mereka belum pulih sepenuhnya walaupun
senyuman yang awak tengok dia ukirkan tu sangat lebar.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu
katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya
terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang
bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
Seusai siapkan entry, mendapat perkhabaran
bahawa sahabat blogger acik (akupenghibur) kehilangan ayahnya.
Salam takziah buat acik sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dalam
kalangan orang beriman.
Perghhhh satu nukilan yang sangat bagus dik.. Dan entry ini amat dekat di hati Mak Dara kerana Mak Dara juga telah kehilangan cinta hati dan suami mak dara tak lama dulu.. Mak Dara juga ingin mengucapkan salam takziah buat Acik iaitu teman blogger yang sangat baik pada Mak Dara dan telah lama Mak kenal.. Semoga Acik tabah menghadapi kehilangan ini...
Terima kasih kepada Farhana kerana menjadi penulis jemputan yang julung julung kalinya buat blog Mak Dara ini ya.. Perghhh pecah rekod tau sebab Mak tak pernah lagi ada penulis jemputan.. Soo.. ada yang sudi nak menjadi penulis jemputan di blog Mak ni? Tapi takmolah pomot produk k.. promote blog boleh hehe.. Ok sehingga bersama penulis jemputan Mak Dara seterusnya.. jumpa lagi... Ok jom klik di SINI untuk ke blog Farhana Mohamad jom!!!