Sunday, January 12, 2014

Isabella Adalah......

Isabella adalah

Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah

Haaaaaaaa kan dah ternyanyi la pulop Mak Dara pepagi ni.. Ni bukan entry nak teka lirik ya.. Ini entri khas buat anak Mak Dara Adza Isabella. Sebenarnya semalam 11hb Jan 2014 maka genaplah umur anak bongsu Mak Dara iaitu Adza Isabella 7 tahun. Haaa sama dengan tarikh harijadi Dato SIti Nurhaliza lagi uols.. Dan Mak Dara ada buat majlis yang sangat kecil sangat simple namun amat bermakna untuk kami sekeluarga..  Moh Mak Dara sharekan gambar gambar sekitar mahlis harijadi Adza Isabella tu ya..
Happy Birthday Isabella


keluarga terdekat meraikan harijadi Isabella

Adza Isabella dan kakaknya Adza Kasih

Selamat Hari jadi Isabella!!!

Haaaa itulah antara yang berlaku semasa majlis harijadi si Adza Isabella semalam.. Walaupun kecil tapi meriah dengan adanya adik adik dan anak anak buah.. Pasti ada ramai yang tertanya macam mana Mak Dara boleh dapat nama Isabella tu.. Sebenarnya masa mengandung mak dara mengambil masa dekat tiga bulan untuk mak mencari nama untuk baby dalam kandungan mak tu dan setelah hampir 3 buah buku nama nama anak yang mak dara beli dan khatam maka mak ambil keputusan untuk letakkan nama baby mak dara itu ADZA NAILI NAIMA . Dan semasa Mak Dara sakit nak bersalin dan on the way ke hospital tiba tiba lagu ISABELLA nyanyian Amy search dimainkan oleh DJ. dan sepantas itu juga somi Mak terus cakap dia nak namakan baby kami tu Isabella.. Hmmm mak yang menahan sakit pun iyakan ajelah tanpa pikir panjang.. Ye lah time sakit nak bersalin kalau tanya apa pun kita iyakan aje kannnn asal cepat sampai ke hospital ye dak hahaha. Jadi pada petang 11hb Januari 2007 maka lahirlah ADZA ISABELLA BT MARTIAS....

Bercakap pasal birthday ni.. Ehem ehem tak lama lagi birthday Mak Dara pulak pada 24hb Januari nanti uhuk uhuk...eh hehehehe


22 comments:

  1. comey ler..
    sama pulak besday dia dgn adik ipar shark..
    tahniah buat isabella..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Shark.. ucapkan happy birthday buat adik ipar shark juga ya

      Delete
  2. Happy birthday Isabella. Semoga menjadi anak yang solehah ya

    ReplyDelete
  3. Happy birthday to Isabella... semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan dan dikurniakan ilmu yang bermanfaat dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  4. Happy belated Birthday Isabella...:)

    ReplyDelete
  5. hepi bestday isabella..:) lama x dtg sini jgk mak dara :)

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir,,, comelnya dia

    ReplyDelete
  7. Comellnya Isabella...Selamat Hari Lahir ye sayang...

    Salam Perkenalan Mak Dara...1st time jumpa ni setelah merayau-rayau kat blog K Ina KL...

    ReplyDelete
  8. selamat hari lahair isabella...comel sungguh anak mak dara nie...suke tgk...^^

    ReplyDelete
  9. happy birthday isabella!! sedap nama dia tauuuuu....very the vintage..hihi

    ReplyDelete
  10. olololo comel3.... hepi besday!^^

    ReplyDelete
  11. comelnyaaa dia...happy birthday Isabella!semoga panjang umo,murah rezki dan dirahmati selalu:)

    ReplyDelete
  12. semakin membesar Isabella..comey je..semoga hidup diberkati ye Isabella..jadi anak yang solehah

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK