Anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq akhirnya telah diraikan di sebuah majlis resepsi perkahwinan masing-masing malam tadi di Dewan Perdanan Felda malam tadi. Ramai artis artis, anak anak seni teman dan saudara mara telah memeriahkan majlis ini. Mak Dara dan somi juga telah memenuhi undangan Dato Yusof Haslam itu. Di sini Mak Dara nak kongsikan dengan anda gambar EKSKLUSIF sekitar berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan Shamsul Dato Yusof Haslam & Puteri Sarah Liyana , Shafiq Dato Yusof Haslam & Aiesyah Zainal .
majlis sedang berlangsung
Dato AC Mizal Dan Serina Redzuawan mengacarakan majlis ini
Di skrin terlihat kedatangan pengantin bersama limosin
Shamsul Dato Yusof Haslam & Puteri Sarah Liyana ,
Shafiq Dato Yusof Haslam & Aiesyah Zainal bersanding di pelamin
Setelah bersanding para pengantin ke meja makan beradap
Ziana Zain menyumbangkan sebuah lagu khas buat pengantin
Mawi dan Dato Ac juga membuat persembahan
Hail Amir dan Uji Rashid mendendangkan lagu lama mereka
Dato Yusof Haslam dan Datin bertemu dengan semua hadirin
Ramaiii artis yang datang membuat persembahan untuk pengantin antara mereka ialah Mawi dan Ac Mizal, Ziana Zain, Dato Ahmad Nawab, Ziana Zain dan Ramai lagi. Dan di meja Mak dara duduk bersama beberapa artis terkenal seperti Syanie, Sofi jikan, Abang Shaharudin Thamby namun yang paling Mak Dara teruja ialah yang duduk betul betul di sisi Mak dara ialah idola Mak Dara Noorkumalasari!!
Mak Dara dan Noorkumalasari
Datin Noorkumalasari is sooooo humble.. Siap berborak borak tentang majlis resepsi tu bersama Mak Dara dan somi dan bukan itu saja siap tolong sendukkan lauk untuk Mak Dara.. Ohhhhh she is sooooo sweet masyaallah.. Dan yang paling Mak Dara tak boleh lupa ialah suaranya dan wajahnya yang memang awet muda itu.. It was sooo nice to meet her finally...
Abang Shaharuddin Thamby iaitu teman somi Mak Dara ni memang
sweet sgt..siap share gambar kami bersama
dan siap pomot blog mak lagi hehe
tq bangggg...
Majlis resepsi itu berlangsung dengan cukup bersederhana namun amat meriah dengan kehadiran para tetamu.. Dan beberapa moment yang menyentuh perasaan setiap tetamu ialah ucapan dari Dato Yusof Haslam dan anak perempuanya kepada kedua pasang pengantin. They are such a sweet family...
masa untuk pulang
cenderahati buat semua tetamu yang hadir
Jadi itu sajalah gambar eksklusif dari Mak Dara namun harap maaf kerana kualiti gambar tidak clear almaklumlah pakai ipad mini sajer hehe.. Apa apapun Mak dara nak ucapkan selamat pengantin baru buat Shamsul Dato Yusof Haslam & Puteri Sarah Liyana , Shafiq Dato Yusof Haslam & Aiesyah Zainal semoga perkahwinan kalian bahagia ke anak cucu seterusnya hingga ke Jannah insyaallah.. Jutaan terima kasih kerana sudi menjemput kami semua isteri ke majlis resepsi ini..