Wednesday, May 28, 2014
Monday, May 26, 2014
Tiada Pelawat Untuk Hari Ini
Hari ini hari ke 9 somi mak dara di masukkan di Hospital Ampang.. sebelum ini beliau dimasukkan ke Hospital Tawakal selama 6 hari . Jadi jumlah keseluruhan ialah 15 hari. yup.. 15 hari telah berlalu.. mungkin bagi semua 15 hari berlalu dengan pantas namun bagi mak dara dan somi merasakan waktu seakan terhenti. Kami masih menunggu keputusan biopsi oleh pihak hospital. Biopsi yang bakal menyatakan penyakit sebenar yang dihidapi oleh somi mak dara ini..
Antara banyak banyak hari somi mak dirawat di hospital.. hari ini somi mak merasa paling lemahhh.. jadi atas nasihat doktor beliau tidak dapat menerima pelawat. Mungkin mereka mahu somi mak berehat dengan secukupnya.
Selama 9 hari berada di sini lebih 100 orang telah datang melawat beliau.. ia terdiri dari sanak saudara, teman teman dan kebanyakkannya dari persatuan persatuan yang disertainya. Jadi buat masa sekarang somi mak harus berehat dahulu sebelum dapat menerima pelawat semula..
Sebentar tadi somi mak telah dibawa untuk xray di bahagian dadanya.. oleh kerana beliau terlalu lemah dan tak dapat berjalan atau menaiki kerusi roda maka dia harus ditolak dengan katiknya.. masyaallah beratnya dugaan mu ini ya Allah.. namun kami redha... semiha keputusan xray itu baik baik saja....
Doa doakan agar somi mak beransur pulih ya.. insyaallah.. dengan izin Allah swt..

Sunday, May 25, 2014
Thomas Cup Di Ward 5D Hospital Ampang
Mungkin pada tika dan saat ini semua sedang asyik menyaksikan perlawanan badminton piala Thomas. Ada yang dok menonton di depan tv, di kedai kedai mamak yang menayangkan big skrin .. Namun bagi mak dara dan somi mak.. kami menonton Thomas Cup di ward 5D Hospital Ampang..
fuhhh dah lebih dua minggu mak menemani somi mak yang sakit di hospital.. takpe tak kisah walau dimana pun somi mak ditempatkan di situlah mak akan berada. Tapi malam ni somi mak bersemangat bila menonton perlawanan ni walaupun kami nengok menggunakan handphone aje.. tak kisah le kecik.. yang penting semangat tu yang penting... hmm milik siapakah piala Thomas kali ini ek.. jom sambung layanz nonton...

Thursday, May 22, 2014
12 hari berlalu
Hari ini masuk hari ke 12 somi mak dara dimasukkan ke hospital.. dan selama itu juga mak dara menemaninya.. perghhh sejuk benor aircond di ward ni.. terutamanya di waktu malam.. menusuk ke tulang.. sulap silap esok pagi mak dah jadi beku macam eskrem malaysia tu hehe..
Mengenai tahap kesihatan somi mak.. insyaallah.. mak tak putus putus berdoa kepada Allah swt agar menyembuhkan penyakitnya secepat mungkin.
Kata doktor somi mungkin akan lebih lama berada di hospital.. tak mengapa tak kisah berapa lama pun masa diambil kami akan turuti .. asalkan somi mak mendapat rawatan yang sepatutnya..
Bosan duduk di sini? Tak jugak la boleh juga teman somi sembang sembang.. dia tengok muka cheq.. cheq tengok muka dia.. macam orang bercinta kekdahnya..
Namun kehadiran teman teman membuatkan somi mak gembira dan terhibur la sikit. Semalam teman temannya seperti Abang Zulkifli M Osman dan pengarah hebat Abang Murali , pelakon Zurina dan juga producer Encik Baha ada datang melawat. Banyak kata kata semangat diberikan oleh mereka. Mereka memang sangat sangat baik dan sangat prihatin..
Terima kasih semua yang datang melawat dan pada yang mendoakan akan kesihatan somi mak ya.. mak sangat sangat menghargainya...

Wednesday, May 21, 2014
Tuesday, May 13, 2014
Suami Ku Di Hospital Tawakal
As salam duhai teman.. pada kala anda membaca entry ini mak dara berada di sisi suami mak dara yg sakit. Rasanya rata rata telah mengetahui akan kesihatan somi mak yg sakit sejak dari bulan januari yang lalu kan.. setelah lebih 10 doktor kami temui kemudian disusuli dengan perubatan islam namun tiada siapa pun dapat merungkai apakah penyakit yg dialami oleh somi mak dara ini..
Namun pada petang tadi keadaan somi mak dara semakin lemah.. dia kini telah turun berat badan hampir 10 kg.. dan pada petang itu juga kakak somi mak dan abang ipar mak membawa somi mak untuk dirawat di Hospital Tawakal KL. Dan doktor mensyaki somi mak dara mengalami demam malaria atau hepatitis B yang memberi kesan kepada hatinya.. dan kini somi mak terus dimasukkan ke wad. Segala ujian termasuk ultra sound dan juga ct scan akan dilakukan pada esok pagi.. masyaallah beratnya dugaan mu ini Ya Allah.. namun ku pasti ada hikmah disebaliknya...
Doakan semoga somi mak cepatvsembuh ya.. insyaa allah xengan izin Allah swt...
Kepada sayangku Martias.. tabahlah menghadapi ujian ini.. sakit juga penghapus dosa dosa insyaallah ada hikmahnya yang.. please be strong...
Kepada kak yati dan abang ayie.. terima kasih yg tidak terhingga.. tiada kata dapat diucapkan... hanya tuhan dapat membalas jasa kalian berdua..

WALL'S SCOOPS OF HAPPINESS - Kisah Dongeng Di Setiap Scoop!
Pada setiap minggu Pihak Walls akan memilih pemenang berdasarkan undian yang tertinggi di mana pemenang akan memenangi percutian ke LEGOLAND. 7 pemenang mingguan akan dimasukkan ke peringkat akhir dan para hakim akan memilih seorang dari tujuh peserta akhir untuk menjadi pemenang hadiah utama dan akan menerima hadiah percutian ke DISNEYLAND Paris!!!! Fuhhhhh hadiah yang sangat sangat lumayan! Pertandingan ini bermula dari 9 Mei - 27 jun . untuk kerangan lanjut andaboleh layari website mereka di https://www.facebook.com/wallsmalaysia

Tuesday, May 6, 2014
Dato Aziz Satar Meninggal Dunia
Innalillahhiwainallilahirojiun.. terkejut benar Mak Dara apabila mengetahui tentang pemergian seniman negara kita iaitu Dato Aziz Satar pada pukul 2 pagi tadi. Difahamkan bahawa arwah telah meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang.
Salam takziah buat keluarga allahyarham Dato Aziz satar yg telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.. kita telah kehilangan seorang seniman yg amat amat disayangi.. masih teringat lagi pertama kali bertemu dengan arwah di set lokasi drama bertajuk KERANA RAMLI yg skripnya ditulis oleh saya dan suami.. he is sooooo humble and so nice.. semoga Allah swt menempatkannya dikalangan org org yg beriman .. Al fatihah...

Sunday, May 4, 2014
Saturday, May 3, 2014
Jemputan VIP Acara Zumba Khas Buat Blogger!!!
Tarikh : 11TH MAY 2014
Masa : 11.00am – 3.00pm
Lokasi : Dewan serbaguna cempaka, ampang jaya

{Hadiah Cabutan Bertuah }
*hampers
*barangan elektrik
*1 pakej penginapan TM RESORT PD 2 hari 1 malam
*1 pakej penginapan TM RESORT FRASER HILL 2 hari 1 malam
Amacam?Haaa memang padat acara D ADZA ZUMBA PARTY ni kan.. Dah hadiah cabutan bertuahnya pun hebat kannnn.. Ok sebenarnya Mak Dara dah pun menjemput 10 orang teman blogger Mak Dara seperti Cik Lily Putih , Yana Yassin , Neyra Shazeyra , Zulie ieta , Nami Namia , Deq Noor Shafawati , Hanny Abdullah , Ema Ery , I zzati Hazrul dan Syahril A. Kadir .
Dan kini Mak Dara mencari lagi 10 orang blogger sahaja untuk menjadi tetamu VIP untuk acara D'ADZA ZUMBA PARTY ini. Ada yang nak menyertai dan menjadi tetamu VIP kami? Kalau ada yang sudi sila PM Mak Dara laju laju di FB Mak Dara @ https://www.facebook.com/adzairdawati untuk tahu cara cara untuk menyertai program senaman sihat ini ok.. Jom BERZUMBA bersama sama!!!!

Shayla, Tiada Lagi Halangan. Serlahkan Keyakinan Anda
Rasulullah S.A.W telah mendedahkan kehebatan Habbatus Sauda lebih dari 1400 tahun yang lalu dan kini kajian-kajian saintifik membenarkan kata-kata nya. Di dalam habbatus Sauda terdapat lebih dari 100 jenis bahan-bahan aktif yang sangat berguna untuk kesihatan tubuh badan manusia terutama bahan-bahan yang boleh membuang penyakit.
- Para peserta dikehendaki follow instagram Safi Shayla
- Para peserta berkongsi gambar mereka yang
mengenakan pakaian yang sepadan dengan personaliti syampu Safi di
Instagram dan hashtag #jelitabersamasafishayla, #safishayla dan
#safimalaysia dan @adzairdawati dan @ safimalaysia
- You all mesti public-kan Instagram account
supaya Mak Dara boleh nampak your post
- Pemenang hadiah utama akan mendapat peluang
untuk menikmati sesi make over bersama blogger. Selepas itu, pemenang
dapat membawa pulang pakaian yang ditaja.
- Pemenang akan menghadiri sesi make over
bersama semua blogger lain dan pemenang masing-masing. Semasa sesi itu,
pemenang akan akan mengadakan sesi photoshoot mudah untuk blogger untuk
mengambil gambar dengan pemenang mereka sebagai kenang kenangan
- Peraduan berakhir pada 31 May 2014

Thursday, May 1, 2014
AWAS Pemandu Teksi HWD 2760 PENIPU!!
Jalan yang dibawanya ialah seperti berikut:
1. jalan ke bulatan Kg pandan,
2.then lalu Maluri.
3. then lalu Pandan Jaya
4. then lalu depan Tesco Ampang,
5.Then masuk kiri masuk ke arah KL semula
6. then baru jalan ikut Jelatek..
7.Then depan tasik yg ada permainan tu dia nak masuk kanan utk mengahala ke Jusco AU2 that is totally a wrong way.. Sebab dia sepatutnya terus melalui jalan ke wangsa walk.
Mak Dara suruh dia berhenti di tepi jalan then bayar and turun dari teksi tu. Yup dia bawa kami pusing jalan yg jauh.. masyaallah... Di bawah mak dara kongsikan video yang mak dara rakamkan semasa berada dalam teksi itu.
