Thursday, May 22, 2014

12 hari berlalu

Hari ini masuk hari ke 12 somi mak dara dimasukkan ke hospital.. dan selama itu juga mak dara menemaninya.. perghhh sejuk benor aircond di ward ni.. terutamanya di waktu malam.. menusuk ke tulang.. sulap silap esok pagi mak dah jadi beku macam eskrem malaysia tu hehe..

Mengenai tahap kesihatan somi mak.. insyaallah.. mak tak putus putus berdoa kepada Allah swt agar menyembuhkan penyakitnya secepat mungkin.

Kata doktor somi mungkin akan lebih lama berada di hospital.. tak mengapa tak kisah berapa lama pun masa diambil kami akan turuti .. asalkan somi mak mendapat rawatan yang sepatutnya..

Bosan duduk di sini? Tak jugak la boleh juga teman somi sembang sembang.. dia tengok muka cheq.. cheq tengok muka dia.. macam orang bercinta kekdahnya..

Namun kehadiran  teman teman membuatkan somi mak gembira dan terhibur la sikit. Semalam teman temannya seperti Abang Zulkifli M Osman dan pengarah hebat Abang Murali , pelakon Zurina dan juga producer Encik Baha ada datang melawat. Banyak kata kata semangat diberikan oleh mereka. Mereka memang sangat sangat baik dan sangat prihatin..

Terima kasih semua yang datang melawat dan pada yang mendoakan akan kesihatan somi mak ya.. mak sangat sangat menghargainya...


9 comments:

  1. saya doakan supaya suami akak sembuh, amin.

    ReplyDelete
  2. kami semua doa kan yang terbaik utk suami akak.lama betul dok spital.sy dulu dok 1 hari jer pun dah tensen...

    ReplyDelete
  3. Kita semua doakan abang martias cpat sembuh

    ReplyDelete
  4. Semoga cepat sembuh dan semoga MD sekeluarga tabah menghadapai ujian ni.

    ReplyDelete
  5. sis semoga abang Martias cepat sembuh yer...

    ReplyDelete
  6. Allah swt nak beri pahala banyak ni pada akak dan suami..saya doakan semoga akak dan suami redha dan banyakkan sabar dan solat serta berharap semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mak dara...semoga adza tabah menghadapi dugaan ini yer n hubby akan segera sembuh...:)

    ReplyDelete