Tuesday, July 15, 2014

Dendam Kesuma

Assalam duhai teman.. rasanya sudah jarang Mak Dara mengupdate di blog semenjak pemergian arwah suami Mak dara sejak 29hb Mei yang lalu.. Bukankah selama ini hampir sepatuh entry mak dara berkisarkan tentangnya.. Dan bila arwah sudah tiada.. seakan hilang sudah semangat mak.. namun insyaallah akan Mak cuba kemas kini blog dari semasa ke semasa..mak harap semua dapat memahami situasi mak ni..

Sebenarnya mak nak beritahu bahawa salah satu dari skrip drama karya Mak bersama team penulis mak iaitu adik Mak Adza EMie, MF kencana dan arwah suami Mak Dara yang bertajuk DENDAM KESUMA telah diulang tayang di Astro Citra saluran 131.



Drama bersiri 5 episod ini telah ditayangkan episod pertamanya semalam dan akan ditayangkan seperti yang tertera di gambar di atas.. Drama ini mengisahkan tentang kisah hidup Tun Fatimah. Jadi pada yang berminat untuk menonton drama ini bolehlah menontonnya pada petang ini jam 6 petang di Astro Citra saluran 131.. selamat menonton dan selamat berbuka puasa ya..


16 comments:

  1. semoga mak kuat..take your time ^_^
    boleh tgk ni nanti

    ReplyDelete
  2. Pray for mak, tabah dan tenang sentiasa mak. I love u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Yatie... terima kasih sbb selalu support mak dari dulu sampai skrg

      Delete
  3. all the best mak dara..we always missing your 'meroyan'...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiuuu CT... mak ada masukkan nama CT dalam skrip mak yg terbaru heheehe

      Delete
  4. Take care mak dara...
    Selamat berpuasa

    ReplyDelete
  5. Teruskan menongkah arus hidup sis, tabahkan hati dan banyakkan berdoa ...

    ReplyDelete
  6. InshaAllah..mak Dara mesti kuat & tabah...Semoga sukses..

    ReplyDelete
  7. Semoga MD terus2 tabah dan tabah menghadapi dugaan..

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK