Sunday, July 20, 2014

Kisah Baju Raya dan Batu Nisan

assalam duhai teman.. selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua..Syukur alhamdullilah setakat hari ini Kak Adza masih belum cuti lagi dari puasa.. tapi tak tahulah esok lusa.. almaklumlah perempuan kan.. Bagaimana dengan puasa anda.. Harap Allah swt mempermudahkan segala amal ibadat kita di bulan yang mulia ini..

Rata rata semua teman dan sanak saudara Kak Adza sedang sibuk membuat persedian untukmenyambut raya.. namun sebaliknya pada akak.. Eh baru perasan akk dah tak gunakan nama Mak Dara sebagai kata pengganti nama.. Tak kisah le ye.. Mak Dara ke Kak Adza ke.. yang penting orang yang sama kan.. Yup akk belum pun buat sebarang persediaan raya.. almaklumlah suami akk baru saja 53 hari meninggalkan kami sekeluarga.. Berat hati akk untuk keluar bershoping bagai ni.. Jangankan shoping, kaki pun belum lagi menapak di kedai menjual makanan di bazaar ramadhan.. Lagipun akak masih dalam Iddah. Ya pasti ada yg tahu dan yang tidak tahu mengenai iddah ni. Selalunya orang ingan wanita yang diceraikan suami saja yang harus melalui proses Iddah selama 3 bulan. Wanita yang kematian suami juga harus menjalani iddah di mana waktunya lebih panjang iaitu 4 bulan 10 hari dan pantang larangnya lebih berat. Takpe nanti nantilah Mak ceritakan tentang hal iddah bagi wanita yang kematian suami ya..

Namun syukur alhamdullilah kakak Ipar , Abang Ipar dan adik adik ipar akak amat amat mengambil berat akan akk dan anak anak akak. Dan pada tahun ini mereka menyediakan pakaian raya untuk anak anak akk.

Abang ipar Abg Azhari dan kakak Ipar Kak Yati Mohd Ali 
membawa anak anak akak membeli baju raya.. 

adik ipar Amrizal Mohd Ali dan isteri Julie turut
membantu menyediakan baju raya untuk anak anak akak

Kak Yati dan Amrizal merupakan Kakak dan adik kepada arwah suami akak Martias Ali. Alhamdullilah akk amat amat bersyukur mempunyai keluarga seperti mereka. Walaupun arwah suami telah tiada namun mereka masih menjaga akak dan anak anak sama seperti dulu .. Syukur ya Allah..

And as for me.. Selalunya pada dekat hari raya pasti setiap pasangan akan membeli baju raya untuk pasangan masing masingkan.. namun pada tahun ini apa yang dapat akak hadiahkan pada arwah suami hanyalah sepasang batu nisan.. 

resit penempahan batu nisan buat nyawaku Martias Ali

hanya itu yang dapat ku berikan buat suamiku pada raya tahun ini.. namun nisan ini hanya akan siap pada september depan. Memang berat dugaan ini.. memang perit.. namun akak merasa bertuah kerana menjadi yang terpilih untuk menerima anugerah dugaan ini dariNya.. Akak redha dan percaya pasti ada pelangi menanti akak dan anak anak di penghujung hujan ini.. 

buat Kak Yati, ABang AYie, Am, Julie dan aunty (ibu Julie) there's no words to describe my gratefull toward you kidness.. Hanya Allah swt sahaj dapat membalasnya. Terimakasih kerana memberi cahaya aidilfitri buat anak anakku.. syukur alhamdullilah Allah swt mengurniakan kalian kepadaku.. im blessed..

pada temanku sekalian... Akak mohon jika sudi sedekahkan alfatihah buat suami akak ya.. semoga rohnya tenang di sana insyaallah dengan izin Allah.. 



26 comments:

  1. Semoga akak sentiasa kuat...SA mendoakan dari kejauhan....tabah ye kak...

    ReplyDelete
  2. semoga MD tabah melalui ujian ini..

    ReplyDelete
  3. Moga Allah sentiasa melimpahkan rahmatnya untuk akak sekeluarga ye..Al Fatihah..

    ReplyDelete
  4. MOGA AKAK TABAH TUK TRIME DUGAAN NI . AMIN :)

    ReplyDelete
  5. Kuatkan semangat ye kak. Semoga roh nya ditempatkan dikalangan yang beriman.

    ReplyDelete
  6. al fatihah utk allahyarham martias ali.. semoga rohnye dicucuri rahmat. aminn..

    ReplyDelete
  7. setiap yang datang akan pergi... stay strong kak adza ! everybody love u :)

    ReplyDelete
  8. DAH LAMA SAYA TAK JENGUK BLOG NIH,TAKZIAH UTK KAK ADZA..

    ReplyDelete
  9. InshaAllah semoga kak adza kuat & redho dgn ketentuan Illahi.. apa yg terjadi semua telah tertulis.. semoga Kak Adza gembira bersama anak2 dihari raya nanti..
    Al-fatihah buat suami Kak adza..

    ReplyDelete
  10. Harap kak bersabar ya n byk2 kan berdoa di bulan yang berkat ni n mmg betul wanita yang kematian suami mmg kena 'berpantang' lebih berat sedikit termasuklah bab solekan & sebagainya.tp xmengapa kak itu kan semuanya dugaan yang menghapuskan dosa kita yang ada. InsyaAllah kak :)

    ReplyDelete
  11. Semoga akak. terus tabah menempui kehidupan mendatang.

    ReplyDelete
  12. Salam Ramadhan jugak utk Kak Adza;
    Maaf dah lama zaza xjenguk blog...zaza baru je tahu Kak Adza kehilangan suami tercinta.. Al-Fatihah.

    *smoga kak adza tabah dan sabar ye..

    ReplyDelete
  13. InshaAllah. InshaAllah. Buat mak, take care of ur self ya.
    PG harapkan mak akan kembali ceria selepas ini.
    Hidup mati hanya sekali. Yang telah pergi, kita sedekahkan Al-fatihah.
    Mak still here, teruskan perjuangan hidup mak demi anak².
    InshaAllah, ya mak. I love u :)

    ReplyDelete
  14. moga rohnya tenang disana....xpe la akk masih dalam iddah, ramai saudara akk yang membantu...alhamdulillah...akak jga diri yea...demi anak anak...akak harus kuat...

    ReplyDelete
  15. Salam Ramadhan kak, ema tahu akak kuat dan tabah orangnya.

    ReplyDelete
  16. salam ramadhan kak..semoga akak kuat dengan dugaan Allah dan tabah

    ReplyDelete
  17. Al fatihah..
    Akak memang seorang yang kuat.Alhamdulillah ikatan persaudaraan takkan pernah putus kan..Apepun semoga akak tabah lalui ujian Allah ni.

    ReplyDelete
  18. Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
    Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK