Thursday, July 24, 2014

Pertama Kali Membayar Zakat

Sedar tak sedar raya hampir menjelang tiba.. Kak Adza akui akak langsung tidak membeli walau sebarang apapun untuk menyambut raya.. tidak baju tidak kasut.. tidak bag tidak untuk apa apapun.. Raya bagi Mak Dara tidak sama tanpa suami di sisi.. Tahun lepas Akak beraya tanpa arwah ayah akak yang telah meninggal dunia kerana serangan jantung dan tahun ini Kak Adza terpaksa melalui raya tanpa suami akak Martias Ali yang telah pergi mengadap ilahi pada 29hb Mei yang lalu kerana mengidap Lymphoma Kanser Darah tahap 4.. 

Namun akak tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak anak akak.. Alhamdullilah dengan bantuan Kakak Ipar, Abang ipar dan adik adik ipar maka kelengkapan raya untuk keempat empat anak Akak telah pun cukup alhamdullilah.. They deserve to celebrate Raya.. Walaupun hati kecil akak tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan hari raya nanti namun akak terpaksa tabahkan hati demi anak anak Akak.. I have to make them happy..  I can't take Raya away from them.. Mereka tak berhak untuk bersedih di pagi raya.. Yes.. life have to move on.. Akak perlu kuat untuk menghadapi saat saat raya nanti.. Insyaallah..

Namun dalam diam Akak terasa seakan ada sesuatu yang belum akak tunaikan.. Fikir punya fikir punya fikir akhirnya hati berdetik.. "ZAKAT....... " . Masyaallah.. akak belum tunaikan zakat..

Ye lah sedari kecil arwah ayah yang bayarkan zakat dan setelah berkahwin, selama 17 tahun suami akak yang membayarnya.. Maka selama 37 hidup akak tak pernah terfikir untuk membayar zakat kerana semuanya telah dibayar oleh mereka.. Namun tahun ini akak tak punya siapa siapa.. Maka tanggungjawab untuk membayar zakat kini jatuh kepada Akak..

Maka semalam Akak telah membayar zakat buat pertama kali dalam seumur hidup akak. Pertama kali akad lafaz membayar zakat. Sayu hati ini hanya Allah swt sahaja yang tahun kerana saban tahun hanya melihat arwah ayah dan arwah suami yang lafaz akad membayar zakat tapi tahun ni akak sendiri.. 


Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Akak telah menunaikan pembayaran zakat pada tahun ini.. Alhamdullilah..



16 comments:

  1. Sabar ye MD.. al-fatihah buat arwah :(

    ReplyDelete
  2. Be strong kak...demi anak-anak...

    ReplyDelete
  3. sy baca entry ni pun saya sayu .. moga akka diberikan kekuatan menghadapi kehidupan ini demi anak²... al-fatihah buat arwah moga roh mereka tenang disana... selamat hari raya, maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  4. sedih nye ya allah baca entry ni :( semoga akak selalu kuat.
    al fatihah.

    ReplyDelete
  5. Pengalaman kali pertama jadi pengalaman selepas ni. anyway, be strong. :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...sabar dan kuat selalu kak..Selamat Hari Raya untuk akak dan keluarga.

    Al fatihah buat arwah

    ReplyDelete
  7. Al- fatihah untuk arwah, semoga akak tabah mengharungi dugaan.

    ReplyDelete
  8. Salam kak adza.. Moga tabah lalui semua ini. Sejujurnya saya x reti nk komen apa, sedih baca luahan hati akk. Apa yg mampu saya doakan akk sentiasa kuat demi ank2. Jika nk berkongsi cerita suka dua kita borak2 kat fb ye. Moga segalanya berjalan lancar.. Amin

    ReplyDelete
  9. salam kak...sabar ye kak....stay strong for ur anak....

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum mak dara...semoga adza diberikn kekuatan n semangat yg kuat utk anak2 yer...Al-fatihah buat arwah hubby...:(

    ReplyDelete
  11. Sabar ye kak, kita sama dan tetapi alhamdulillah pembayaran zakat kami ditanggung oleh ibu mertua semenjak 4 tahun suami meninggal dunia.

    ReplyDelete
  12. banyakkan bersabar,kak.begitu lah hidup kita kat dunia ni.. :(

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum mak dara...selamat hari raya n maaf zahir batin dr mama...;)

    ReplyDelete
  14. alhamduliliah semua dah selesai. ibu kena kuat sebagai semangat untuk anak2 :')

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK