Tuesday, September 30, 2014

BILA SEKOLAH NAK CUTI.. BILA CUTI...

As salam duhai teman.. Pagi tadi dalam pukul 8:30 pagi tengah cantik buat beberapa tugasan tiba tiba Kak Adza mendapat satu panggilan tellefon.. Cuak juga bila di skrin tertera nombor telefon dari Cikgu Sekolah anak Akak. Tersentak dihati kenapa cikgu telefon? anak sakit ke? anak ada gaduh dengan kawan sekelas ke.. Bila panggilan telefon diangkat rupanya Cikgu memaklumkan pada Kak Adza bahawa hari ini sebenarnya anak anak Kak cuti dek kerana kelas mereka telah digunakan untuk pelajar yang mengambil ujian UPSR.

Adoiii maafkanlah mama wahai anak anakku Adza Kasih dan Adza Isabella.. Mama betul betul lupa.. Baru teringat surat yang diorang bawa balik dari sekolah minggu lepas mengenai cuti hari ini.. So apaalagi terus bingkas bangun dan jemput mereka pulang dari sekolah.

Adza Kasih & Adza Isabella

Ni la dikatakan bila sekolah nak cuti.. bila dah dibagi cuti suruh ke sekolah. Takpe ini menunjukkan anak anak mama memang rajin kesekolah walaupun disuruh cuti.. hohoho...


9 comments:

  1. alahai.. akak mcm mana blh terlupa nie..:)

    ReplyDelete
  2. Tapi kelihatannya mereka tetap happy juga..

    ReplyDelete
  3. memang nampak kerajinan mereka pergi sekolah..kdg² terlupa jugak kan.. :)

    ReplyDelete
  4. waah rajinnya, kalau anak saya awal-awal lagi dah hafal cuti

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    ReplyDelete
  5. hihihiii....tak pasal-pasal pulak pergi sekolah tapi kena balik semula kan :-)

    ReplyDelete
  6. anak MD pun lupa nak bagitahu ke?

    ReplyDelete
  7. hehhe..boleh lupa pulak ye..selalunya saya kalau bab cuti ni inagt je..ehhehe

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK