Sunday, September 14, 2014

Kak Adza Dan Utusan Malaysia

As Salam duhai teman.. Semalam teman Kak Adza ada khaborkan pada Akak yang dia ada ternampak wajah akak di Utusan Malaysia.. Syukur akhirnya interview yang akan buat bersama wartawan Utusan iaitu Ana keluar juga. Tapi dah tengah tengah malam mana ada lagi kedai yang menjual surat khabar kan.. Maka Akak pun pasrah je lah.. Tup tup tengah malam semalam ada teman FB akak telah upload artikel itu di facebook dan tagkan nama Akak. Dan inilah keratan akhbar yang Kak Adza maksudkan itu.

keratan akhbar UTUSAN MALAYSIA 13hb Sep 2014


Terima kasih kepada wartawan Utusan iaitu Adik Ana atas artikel yang telah ditulisnya itu.. Artikel ini mengenai pengalaman dan cinta akak pada mengembara secara backpacking bersama anak anak Akak. Semasa arwah suami akak masih ada kami telah mengembara secara backpacking ke beberapa negara termasuk Thailand , Singapura , Indonesia,  Vietnam , Laos , Jepun dan India  . 

Tengah Kak Adza menulis artikel ini tiba tiba dapat panggilan telefon dari Ana wartawan Utusan ini katanya dia terlupa untuk ingatkan Kak Adza yang artikel ini akan dikeluarkan semalam.. Katanya akan berikan satu copy suratkhabar yang mempunyai artikel ini pada kak adza nanti.. Terima kasih banyakkkkkk Ana.. Waduh terharu betul dengan Ana ni.. Sudah le menulis artikel mengenai akak siap nak tolong berikan satu salinan pada Akak lagi.. You are really awesome reporter dik.. 


Memang rindu untuk mengembara lagi.. Namun sejak ketiadaan arwah suami Kak Adza telah hentikan sepenuhnya aktiviti backpacking ini.. Tengoklah mungkin tahun depan atau seterusnya barulah akak fikir jika mahu meneruskan aktiviti ini.. Susah kalau nak mengembara tanpa suami di sisi namun insyaallah segalanya berkemungkinan..


16 comments:

  1. moga dipermudahkan urusan makdara. InsyaAllahhh..

    ReplyDelete
  2. tahniah kak...moga akak lbh dkenali slps ini...aamiin

    ReplyDelete
  3. mesti terasa agak asing ble 1st time nk bt tanpa suami..nt dh biasa mgkin ok ye kak

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, , tahniah kak,, insyaAllah boleh..

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak...semoga diberikan semangat yang kuat.

    http://acikwatie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. bestnye akak masuk mjlh utusan ^^

    semoga roh suami akak ditempatkan dikalangan orang yang beriman aamin..

    ReplyDelete
  7. Moga lepas ni rezeki MD akan lebih luas lagi..Amin..

    ReplyDelete
  8. seronok bila pengalaman dapat dikongsi bersama kan..especially aktiviti bersama family :)

    ReplyDelete
  9. best nyer sis msuk utusan ..
    all the best, sis ^.^

    ReplyDelete
  10. tahniah akak.. huhuu.. teringin masuk paper jugak :p

    ReplyDelete
  11. Tahniah, semoga akak sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    ReplyDelete
  12. Lain orang lain kegemarannyakan MD.......
    Tapi tulah..... larat ke bawak barang banyak tu

    ReplyDelete
  13. Tahniah, dah masuk utusan.Boleh mengorak langkah laju lagi lepas ni

    ReplyDelete
  14. Seronok backpacking.sy x pernah rasa lagi melancong ke luar negara.

    ReplyDelete
  15. congrats! moge terus sukses.. :)

    http://cikanozzshoppe.blogspot.com

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK