Friday, September 5, 2014

MASIH KAH AKU DITERIMA ?

Masihkah aku diterima?
Masih adakah yang sudi menerimaku kembali?
Adakah yang merindui penulisanku?

Itu yang bermain di fikiran akak sejak kebelakangan ini.. Hampir 4 bulan sejak Kak Adza telah mengabaikan blog kecintaan Akak ini.. Seperti mana perasaan sedih yang menyelubungi Kak Adza setelah kehilangan suami dan nyawa akak Martias Ali sejak itu juga kehilangan minat untuk menghidupkan kembali blog ini.. Kerana kebanyakkan cerita di dalam blog ini berkisahkan kehidupan akak dan keluarga akak yang tercinta. Dan setelah kehilangan insan yang paling Kak Adza cintai seperti hilang separuh nyawa dalam kehidupan dan seperti tiada apa yang harus Kak Adza kongsikan bersama pembaca akak..

Namun hari ini akak telah decide.. Akak tidak seharusnya terusan begini. Arwah suami akak pernah berkata bahawa dia amat bangga dengan kejayaan blog akak ni.. Sebenarnya takdelah berjaya manapun blog picisan ini namun dimatanya ia berjaya.. Dan akak juga kini bertemu dengan ramai teman teman yang juga kehilangan suami mereka dan kata kata mereka menyedarkan Akak bahawa akak harus meneruskan menulis dan memberi semangat kepada semua yang senasib dengan akak bahawa kami harus REDHA.. BANGUN dan BERGERAK KEHADAPAN..

Akak tidak mahu lagi terus bersedih akan kehilangan suami akak sebaliknya akak harus MERAIKAN CINTANYA.. kasihnya dan kenangan akak bersamanya.. Arwah telah meninggalkan anak anak untuk Akak.. Akak kini faham bahawa dengan berada di dalam kesedihan membuatkan mereka juga turut bersedih . Jadi akak harus nekad untuk meneruskan cinta ini demi anak anak.. Akak kena kuat .. akak kena tabah.. Pasti arwah juga mahukan akak untuk berjuang demi anak anak dan cinta kami.. Love him till jannah. Insyaallah Dengan izin Allah swt.. Semoga dipermudahkan.


NOW IM BACK!!!!



28 comments:

  1. yeyyy !! kak adza is back !! rindu penulisan kak adza... semoga sukses kak adza....

    ReplyDelete
  2. moga lebih redha, anak-anak mahukan ibu yang ceria, slowly back on track, inshaAllah dipermudahkan...sentiasa berdoa dalam kerinduan.

    ReplyDelete
  3. kuatkan semangat akk..ramai yg menyokong di belakang akk

    ReplyDelete
  4. Syabas Adza for taking this step! Keep on moving forward, sis!

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, welcome back kak, I miss commenting here...

    ReplyDelete
  6. welcome back MD..miss u ketat2...akak seorang wanita yang kuat..

    ReplyDelete
  7. welcome back MD...semoga terus bersemangat!!

    ReplyDelete
  8. we will always be by ur side MD.. :)

    ReplyDelete
  9. Kita harus kuat demi anak2, walaupun saya pernah kehilangan dengan cara berbeza tetapi kekuatan kita adalah perlu untuk kelangsungan hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat benar dear.. i need to be the father and the mother now.. tak boleh terus lemah dan lembik.. they need me .. insyaallah

      Delete
  10. teruskan menulis kak..sekurang2nya dapat melepaskan segala yang tersimpan di fikiran..walaupun di alam maya kami tetap sokong dan ingin berkongsi suka duka akak dan mendoakan yang baik2 saja untuk akak dan famili.. love u so so much.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin terima kasih atas doa dan semangat serta sokongan ni Lizan.. sangat2 memerlukannya..

      Delete
  11. Assalamualaikum Kak...kuatkan semangat dan kami sentiasa rindukan penulisan dari akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Mardiah.. alhamdullilah ada juga yang merindukan tulisan akak yang meroyan ini.. really appreciate it :)

      Delete
  12. Welcome back kak..sentiasa support akak! be strong my kakak sayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sisssss... Nanti akak nak makeover blog ini.. tak sabar nak kerja sama dengan sis lagi..

      Delete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK