Saturday, September 6, 2014

Musim Sakit Mata Merah

Musim durian ada.. musim cempedak ada.. musim demam ada.. dan sekarang musim yang tengah in trend dan terkini .... MUSIM SAKIT MATA MERAH..

Assalam duhai teman.. Harap anda semua sihat sihat belaka ye.. Bagi keluarga Kak Adza aka Mak Dara, kami satu rumah tengah hangat dengan musim sakit mata ni.. Bermula dari minggu lepas yang pertama kena adalah anak saudara Kak Adza iaitu kemudian kakaknya lepas tu habis berjangkit pada mama dan papanya pula.. Nak dijadikan cerita Akak pegi menziarah diorang dan lepas tu apa lagi.. sorang demi sorang pun terkena hehe.. Mari Akak kongsikan pesakit pesakit Mata Merah itu..


Ha itu adalah antara pesakitnya yang terdiri dari anak anak buah Kak Adza 3 gambar di atas dan anak anak kak adza sendiri 3 gambar dibawah.. Dan setelah Akak dapat survive selama seminggu dan setelah jenuh mengelak akhirnya pagi semalam tumpas jua bila bangun tidur dan mata tak boleh bukak.. Fuhh rasa berpasirrrrrr.. berdenyut pun boleh tahan.. Mana gambar kak Adza? Fuhh baik Kak tak masukkan karang nightmare kome sorang sorang..

Akak dah beli dah ubat untuk mengubati penyakit ni. Dan tak kurang juga akak google mencari PETUA MENGUBATI MATA SAKIT MERAH .. Antaranya..

Petua Pertama 
Ambillah satu sudu besar garam dan masukkan ke dalam besen berisi air. Kacau garam tersebut sehingga larut. Kemudian, masukkan muka ke dalam air campuran garam tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali. Hasilnya, sakit mata anda akan berkurangan.

Petua Kedua
ambil 4keping daun tersebut dan gunting.rebus je.pastu kemudian masuk kan mata dalam air yang direbus tadi bila air itu mula sejuk.

Petua Ketiga
Titiskan susu ibu kedalam mata yang sakit

Dalam banyak banyak petua, petua ketiga tu susah sikit nak direalisasikan dek sebab balu dan ibu macam akak ni kan anak anak dah besar panjang mana nak mendapatkan susu badan lagi.. Dah jadi yogurt kata adik Akak pada akak.. Amboii sampai hati perli akak tau.. 

Takpe walau apapun ubat atau petua yang nak diguna pakai yang penting kita berdoa pada Allah swt agar disembuhkanNya insyaallah dengan izin Allah.. 

Ada tak yang sedang sakit mata merah sila angkat tangan.. Jangan gusar pakai je cermin mata hitam dan kalau orang pandang semacam mula menyanyi bila larut malam tarakucha tarakucha hehe..


ps.. Alhamdullilah azam akak untuk aktif kembali dalam dunia blog akan akak teruskan.. Namun dihati tidak pernah sekali kali melupakan nyawaku Martias Ali yang amat kucintai.. 



9 comments:

  1. banyak2 sakit.... salah satu yang tak sanggup adalah sakit mata.... perit wooo...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah../.semua dah berjangkit ke mak dara,,sian diorg.. semoga diorg cpt sembuh... saya kalau kena sakit mata..satu je saat2 yg paling menyakitkan.. masa nak sujud..masa tu mmg sakit..rasa tekanan dia.

    My Diet Diary: Day 1 ( Betul2 punya diet)

    ReplyDelete
  3. get well soon semua2 yer...yeayyy... i love to see that you are coming back sista'....

    ReplyDelete
  4. kesian. oo.. mmg tgh musim sakit mata, ek? no wonder la, ari tu kat spital ramai bebudak boarding skool jumpe doc sbb sakit mata.

    ReplyDelete
  5. Moga cepat sembuh makdara....sakit mata merah ni mmg cepat berjangkit. Sorang di rumah terkena confirm semua akan terjangkit. Dah pernah kena juga memang sangat tidak selesa......

    ReplyDelete
  6. semoga semuanya cepat sembuh..pedih mata menahan tu.penyakit berjangkit yang susah nak elak..

    ReplyDelete
  7. memang msim sakit mata sekarang ini. petua rawat sakit mata memang boleh dipraktikkan

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    ReplyDelete
  8. Saya pernah try tips pertama tu...mula-mula memang pedihla...tapi bila buat banyak2 kali OK je :-)

    ReplyDelete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK