Tuesday, January 7, 2014

Filem Gangsterock Bakal Menyengat

Dunia hiburan bakal disengat dan akan dihiburkan dengan sebuah filem berunsur musikal komedi iaitu FILEM GANGSTEROCK . Filem ini akan mendapat sentuhan arahan pertama oleh Sofi Jikan. Pihak syarikat YKS Film Maker yang dimiliki oleh Abang Yusof Kelana dan Serina Redzuawan telah memberi 100% kepercayaan kepada Sofi untuk mengarahkan filem yang membabitkan kos sebanyak 1.5 juta ini. Filem GANGSTEROCK bakal menjalani penggambaran mulai 11hb Januari depan. Dan semalam bertempat di Mines Wellness Resort telah berlangsungnya majlis pelancaran filem ini. Ini merupakan julung julung kali sebuah filem membuat pelancaran di atas kapal memang hebat dan bertuah semua 100 tetamu yang dijemput termasuklah Mak Dara dan somi Martias Ali. Mari Mak Dara kongsikan bersama anda gambar yang sempat Mak dara rakamkan sepanjang majlis ini berlangsung.

kad jemputan untuk Somi dan & Mak Dara

semua tetamu menaiki bot kecil sebelum dihantar naik ke main boat
abang Harun Salim Bachik turut hadir

Mak Dara bersama Es Hairee orang kuat YKS Filem Makers
bersedia untuk naik ke bot


Abang Yusof Kelana dan Es Hairee berbincang 
sebelum majlis bermula

Mak Dara dan somi duduk di meja paling hadapan dan 
duduk semeja bersama Datok Yusof Haslam, 
Abg A Galak ,En Hafsyam, Yus Waizar dll

tetamu yang hadir

Serina Datuk Redzuawan memberi kata kata ucapan dan aluan

Gimik pelancaran di mana Sofi Jikan keluar dan menyanyikan
lagu tema filem GANGSTEROCK ini

Sofi Jikan memberi ucapan dan kata aluan

sesi photografi bersama para wartawan

setelah selesai semua tetamu diajak ke dek atas 
untuk jamuan makan

wartawan dari propaganza

somi mak dara bersama rakannya Abang Wan Hanafi Su, 
yus Wazar dan Aqasha

Mak Dara somi dan Dato Yusof Haslam


Memang speechless memang tak terkata Mak Dara dengan Majlis Pelancaran filem GANGSTEROCK ini.. Memang unik dan lain dari yang lain. Tetamu yang hadir dilayan seperti VVIP dan makanan yang disediakan kepada tetamu bertaraf hotel 5 bintang. Dengar khabar pihak YKS membelanjakan hampir 20 ribu untuk majlis ini. memang gembira semua tetamu dan wartawan yang hadir pada hari itu. Rasa rasanya hanya Mak Dara sahaja personal blogger di majlis itu. Yang lain semua blogger dan wartawan hebat hebat seperti GUA.COM, Melodi, Propaganza, MStar dll hehe banggaaa dibuatnya hehe...

Antara barisan pelakon yang bakal menerajui filem ini ialah Saiful Apek, Izzara Aishah, Sharifah Amani, Khir Rahman, Aqasha, Syafie Naswip dan Harus Salim Bachik. Mari kita sama sama mendoakan agar penggambaran filem GANGSTEROCK ini berjalan dengan lancar dan semoga dipermudahkan insyaa allah amin.. 





THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK