Semalam bertempat di pejabat Two Tones Sdn Bhd Cyberjaya maka berlangsunglah Majlis Doa Selamat Filem Kapsul. Filem ini diterbitkan oleh Encik Amru Najmi dan diarahkan oleh somi Mak Dara Martias Mohd Ali dan akan menjalani penggambaran pada 15hb Januari iaitu besok selepas di tangguh penggambarannya hampir sebulan akibat hujan. Mari Mak Dara berkongsi dengan anda beberapa keping gambar yang telah di snap oleh pihak penerbit ketika Majlis berlangsung.
Majlis dimulakan dengan selawat
keatas junjungan Nabi Muhammad SAW sempena
Hari Maulidur Rasul
Ucapan producer En Amru "maju lah filem melayu yg
dihasilkan oleh anak melayu bertemakan kenegaraan.
tiada cerita gangster,tiada cerita hantu
ucapan oleh somi Mak Dara Martias Ali selaku
pengarah bagi Filem Kapsul
antara blogger yg turut hadir ialah
Uncle Gedek Dan Anastasya Aida ;)
sebahagian barisan pelakon yang membintangi KAPSUL
En Amru Najmi Dan Martias Ali
Filem KAPSUL ini bakal membariskan barisan pelakon terkenal tanah air yang mana hampir 75 peratus daripada mereka pernah memenangi atau merangkul pelbagai anugerah dalam industri perfileman tanah air . Para pelakon yang membintangi filem ini ialah Datuk Rahim Razali , Adlin Aman Ramli , Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Zamarulhisham , Jue Aziz, Mubarak Majid, Shahruddin Tamby , Sharonizam , Adam Corie Lee, Harun Salim Bachik , Meor Hashim Manap , Qazim Nor , T.S Jeffry , Haerianto Hassan , Aman Garseka , Kenji Sawahi , Joey Daud , Zamri GK , Ahya , Irfan Khairi , Zack X Factor, Fadilah Mansor, Abdul Manan Sulaiman , Ann Yusof ,Ucop Cecupak dan Reza Fuad.
Filem KAPSUL mengisahkan kapsul Wawasan 2020 yang selama ini menjadi tanda tanya mengenai isi kandungannya sebelum dibuka pada 1 Januari 2020. Dan Filem ini dianggarkan menelan belanja hampir RM2.3 juta. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir . Tahniah dan selamat maju Jaya kepada Two Tones Sdn Bhd. Dan all the best buat somi Mak Dara Martias Ali yang akan mengarahkan filemnya yang pertama. Semoga penggambaran filem ini yang akan dimulakan mulai esok berjalan lancar dan dipermudahkan amin. Insyaa Allah.