Thursday, January 16, 2014

Gambar Eksklusif Hari Pertama Penggambaran Filem KAPSUL

Assalam duhai teman. Hari ini 16hb Januari 2014 maka adalah hari pertama bagi penggambaran Filem Kapsul . Lokasi penggambaran adalah di Kuala Kangsar. Dan untuk babak pertama yang akan difilemkan hari ini adalah di sebuah kawasan hutan yang diubah menjadi markas atau tempat persembunyian komunis. Pelakon yang terlibat untuk hari pertama penggambaran filem ini ialah Abang Zaidi Omar, Yang Kassim dan ramai lagi. Mari Mak Dara kongsikan dengan anda gambar gambar eksklusif sekitar penggambaran Filem KAPSUL . 



Martias Ali (Somi Mak) pengarah bagi filem ini adoii siap pakai 
sapa punya rambut palsu tu yang oiii hahaha
bersama Abang Misnin Ehsan EP sedang menunggu set siap

set lokasi


sedang membina set lokasi 






Somi mak tengah mengarah

kusyuk betul somi mak 

Filem Kapsul akan menjalani penggambaran selama 28 hari dn hampir 60 peratus penggambran akan dilakukan di Kuala Kangsar dan selebihnya di Kuala Lumpur. Mari kita doakan agar penggambaran filem KAPSUL ini berjalan lancar dan semoga dipermudahkan insyaa allah..

SINOPSIS FILEM KAPSUL
Sebuah kapsul masa wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan telah membawa Zohri kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawanya pulang ke zamannya sekarang kecuali dirinya sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FILEM KAPSUL boleh ke FB PAGE @ https://www.facebook.com/kapsulthemovie atau ke webpage @ http://www.filemkapsul.com/

#Gambar ehsan dari KAPSUL FAN PAGE


ERY ZUKHAIRI DALAM DRAMA CINTA PANDANG KE 2

Kepada peminat drama drama melayu sekalian... Malam ini jom kita ramai ramai menonton drama yang tengah meletops kebabom di TV9 iaitu drama bertajuk CINTA PANDANG KE 2.

Ery Zukhairi & Izara Aishah dlm CINTA PANDANG KE 2

Malam ini merupakan sambungan episodnya yang ke 6. Haaa kenapa Mak Dara promote drama ini lepas 5 episod ditayangkan? Ini kerana pada episod ke 6 hingga episod terakhir teman baik Mak Dara yang dah mak anggap macam adik mak iaitu Ery Zukhairi ada dalam drama ni hehehehe. Siapa Ery Zukhairi? Apakah wataknya dalam drama ini.. Mari mak kenalkan anda dengan beliau lebih dekat.




ERY ZUKHAIRI SEBAGAI PROF. IR. DR. AHMAD REDZA MUHAMMAD

Watak Ery Zukhairi sebagai seorang profesor di sebuah universiti tempatan. Semasa mudanya, beliau telah dikecewakan oleh Dalilah (Maria Farida). Kerana rasa kecewa yang teramat, beliau bertekad untuk menjadi 'somebody' dan membalas dendam kepada Dalilah. Setelah sekian lama dia menjejaki Dalilah, dia mendapat tahu Dalilah mempunyai seorang anak gadis yang cantik bernama Ainnur Azleen (Izara Aisyah). Prof. Ahmad Redza merasakan dengan merosakkan hidup Ainnur, Dalilah akan sengsara dan dendamnya kepada Dalilah akan terlunas.
           
Prof. Ahmad Redza telah berjaya memerangkap Ainnur pada suatu hari dan membuat Ainnur terpaksa merayu-rayu kepadanya demi mengembalikan maruahnya. Namun apabila Ainnur mengajak Prof. berkahwin untuk menebus dosa, Prof. menolak. Kerana kecewa Ainnur menyambung pengajian ke UK. Prof. mengajar di universiti di mana Zairul menyambung pengajiannya dalam bidang kejuruteraan. Zairul menjadi pelajar kesayangan Prof. kerana kecerdikannya lalu menawarkan pekerjaan sebagai pembantunya di universiti. Zairul pula amat menghormati Prof. dan menjadikannya sebagai idola.
           
Selepas pulang dari UK, Prof. masih tidak dapat melupakan dendamnya kepada Dalilah dan Ainnur. Dia akhirnya berjaya menjejaki Ainnur dan merayu untuk bersama Ainnur kembali. Di sinilah terjadi konflik di antara Zairul-Ainnur-Prof. Redza. Berjayakah Prof. meraih cinta Ainnur kembali dan membalas dendam kepada Dalilah? Bagaimana pula reaksi Zairul apabila mendapat tahu bahawa dia terpaksa bersaing dalam merebut hati Ainnur Azleen. Di antara Zairul dan Prof. Redza yang mana satukah akan Ainnur berikan Cinta Pandang ke-2?  Sama-sama kita saksikan drama komedi romantik yang penuh emosi ini.

SINOPSIS DRAMA CINTA PANDANG KE 2
Ia mengisahkan tentang dua orang teman sekolah yang saling berbalah. Zairul, pelajar yang bermasalah di sekolah elit telahpun ditukarkan sekolah oleh ayahnya. Pada hari pertama persekolahannya di sekolah baru, dia telah menegur seorang pelajar yang 'montel' bernama Ainnur. Bermula daripada situ, mereka saling berbalas dendam. Kata-kata Zairul yang tidak sudah-sudah mengutuk keadaan fizikal Ainnur  yang XXL hingga menyebabkan Ainnur berdendam dan berazam suatu hari dia akan kembali untuk 'membalas' semua tohmahan Zairul.
         
Ditakdirkan setelah beberapa tahun berlalu, Ainnur telah menjadi gadis yang kurus dan sangat cantik. Pertama kali bertemu, Zairul telah jatuh cinta dan tidak menyangka, gadis cantik itu adalah si comel yang mahu membalas dendam kepadanya. Sementelah Ainnur adalah ketua sedangkan Zairul hanyalah mat despatch di pejabat ibu Ainnur.


Mak Dara & Ery ;)

Untuk mengikuti perkembangan terkini tentang drama dan novel ini, boleh layari facebook.com/cintapandangke2, facebook.com/alaf21 atau di facebook.com/lailakamilia. Dan yang paling penting jangan lupa untuk menonton CINTA PANDANG KE 2 pada setiap hari Khamis jam 8:30 malam di TV9!!!


IDEA BASI SALAH SIAPA ?

IDEA BASI.. Tak kisah lah Idea untuk menulis skrip ke , menulis novel ke, menulis karangan kat sekolah ke ataupun menulis entry di Blog.. Tapi kalau yang dipublish itu seakan sesuatu yang dirasakan BASI.. Maka siapa yang harus dipersalahkan??

Haaa berat nor lah hai topik Mak Dara pepagi ni kan.. Sebenarnya topik ini tercetus apabila teman Mak Dara menelefon Mak dan menyatakan bahawa somi Mak Martias Ali keluor paper berita harian dan membincangkan tentang isu IDEA BASI.. Apa lagi Mak pun terus lah keluor beli.




Dalam ruangan HIP muka surat 23 @ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ideabasi/m/mArticle itu maka somi mak dara berbincang tentang "Isu basi" bagi drama drama melayu masa kini.. Ye lah asyik asyik cerita tentang cinta terhalang.. Cerita cinta tiga segi. Cerita terpaksa kahwinkan anak atas urusan perniagaan, kisah curang.. balik balik cerita macam tu aje kan.. Kenapa takde cerita yang luar dari norma. Lain dari yang lain, yang unik, yang out of the box. 

Rata rata pasti akan salahkan penulis skrip kan?? Mesti ada yang kata dah penulis tulis cerita yang samaaaa aje, penulis dah kering idea, idea penulis dah basi.. Tapi jangan disalahkan penulis 100% kerana kebanyakkan penulis skrip mahukan kelainan.. Kebanyakkan teman mak dara yang terdiri dari penulis skrip banyak membuat cerita yang sungguh luar biasa dan ala ala hollywood.. Namun hampir semua proposal mereka ditolak kerana takut penonton dan pihak televisyen tak boleh terima. Takut rating jatuh.  Maka hampir semua proposal yang unik dan diluar dari genre biasa berakhir di tong sampah.. Jadi apa yang tinggal? Tinggal lah cerita cerita yang klise , cerita yang dah biasa ditonton berulang ulang ulang ulang kali namun pelakon sahaja yang berbeza. 

Hmmm bukan mudah nak jadi penulis skrip ni.. Nak tulis yang luar biasa takut tak diterima, nak tulis kisah yang biasa saja katanya idea basi.. Sabor je lah.. Rasanya semua pekerjaan di dunia pun ada masalah tersendiri ye tak? Bagi mak, mak akan cuba menampilkan lebih banyak skrip skrip drama berunsur kan keagamaan . Itulah azam mak pada 2014 ini insyaa allah..



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK