Sunday, January 19, 2014

Sneak Preview : Di hari Pertunangan mu...

Hari ini 19hb Januari 2014 maka tibalah harinya pertunangan adik Mak Dara Adza Rinawati bersama pasangannya Zull.. Majlis akan diadakan di rumah Ibu Mak Dara di lembah keramat selepas Zohor nanti..

Namun semalam segala persiapan untuk majlis pertunangan telahpun rancak berlangsung..Dan yang paling membuatkan kami teruja ialah pelaminnya yang serba putih ini...




Orang sekarang ni kalau bertunang pun siap dengan pelamin kan hehe.. Zaman Mak dara bertunang 18 tahun yang lalu anak dara dok atas katil je bila disarungkan cincin hehe.. Tapi rasanya lebih proper la para anak dara menunggu duduk atas kerusi pelamin dari duduk menunggu bakal ibu mertua menyarung cincin di atas katil kan hehe.. Tak kisahlah bagaimana pun majlis pertunangan kita semua yang penting mendapat restu kedua dua belah keluarga betul tak?

Insyaa allah mak dara akan cuba buat live update sekitar majlis pertunangan ini nanti ya.. Sooo stay tune!!!

Photo: ........
Adza Rina sedang bersiap.. Haaa tunjuk mata je dulu hehe

Apa apapun semoga majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan 
Insyaa Allah...
SELAMAT BERTUNANG RINA & ZUL!


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK