Seramai 10 orang selebriti dan 10 bekas peserta kegemaran musim terdahulu telah berperang dengan hidangan pembalasan dalam MasterChef Malaysia All Stars 2014. Dan di Finale pertarungan sengit telah berlangsung antara Zamir dan Celina Khor. Semua penonton tertanya tanya siapakah antara mereka yang akan menjadi JUARA kerana kedua dua finalist memang terbukti pandai masak!
Zamir dan Celina Khor menanti keputusan
siapakah juara MASTERCHEF ALL STAR
Zamir
Celina Khor
Di saat menanti keputusan siapakah bakal menjadi juara Masterchef, hati kecil Mak dara mengharapkan agar Celina menang ini kerana telah dua kali dia berada di finale namun Mak Dara juga berharap agar Zamir menang kerana beliau memang benar benar pandai masak dan kelihatan seperti seorang chef profesional.
Saat Chef mengumumkan bahawa ZAMIR adalah
pemenang MASTERCHEF ALL STAR
Akhirnya Zamir telah diumumkan sebagai Juara Masterchef All Star 2014!!!
Zamir dipeluk ibunya sebaik dinobatkan sebagai pemenang
TAHNIAH ZAMIR!
Tahniah Zamir!!!! Atas kemenangan merangkul gelaran Juara Masterchef All Star 2014! Semoga terus bersinar di dalam dunia masakan.. Harap satu hari nanti ada "Zamir cooking show " .. mana tahu kan.. apa apapun tahniah juga kepada Celina kerana berada di peringkat finale sebanyak 2 KALI! You are awesome girl!! Tak sabar untuk menonton rancangan Masterchef musim baru...