Wednesday, January 29, 2014

WW : OH DRAMA POJAAN HATIKU






Berdebar Untuk Ke TV AL HIJRAH


Waduhhhh dari semalam dok pusing kanan pusing kiri.. golek sana golek sini.. Tak boleh nak lelap.. Al kisahnya sebab hari ini Mak Dara dan adik Mak dara Adza Emie harus pitching/bentangkan dua buah proposal rancangan di TV AL HIJRAH. Kedua dua buah rancangan itu bercirikan islamic program.. Dan program rancangan yang bakal kami bentangkan nanti ialah sebuah rancangan masakan bertajuk SANTAPAN SUNNAH dan sebuah lagi program senaman dan kesihatan bertajuk RIADHAH MUSLIMAH..

#pic wanita extract from google

Ya pada tahun ni mak dara berazam untuk menumpukan kepada penulis drama dan rancangan yang lebih bercirikan islamik . Mak Dara sebenarnya ada sedikit fobia untuk public speaking.. Kalau nak bentangkan apa apa atau bercakap depan orang ramai secara formal memang kompom akan menggigil je satu badan dibuatnya..  Tapi kalau nak bersembang nak huhahuha tu memang takde masalah.. Memang pelik naw naw perangai mak dara ni kan.. Entahle bila boleh sembuh dari fobia ni aduh.. Nasib baiklah hari ini Mak Dara ditemankan oleh adik Mak Dara Adza Emie bersama sama Serina Redzuawan (anak chef wan)..

Ok lah Mak Dara harus siap siap dan harus berada di TV AL HIJRAH pada pukul 3 petang ini. Doakan agar semua berjalan lancar dan dipermudahkan ye insyaa allah..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK