Friday, January 31, 2014

MENCARI DATIN


Assalam duhai teman.. Haaa apa kena dengan mak ni tup tup nak cari Datin pulak kan? Kenapa tak cari Dato saja betol tak? Opss karang ada jugak periuk belanga yang terbang melayang layang nanti hehe.. Kisahnya begini.. Baru baru ini Mak Dara bersama somi Mak Martias Ali baru sahaja selesai menulis sebuah skrip drama bertajuk MENCARI DATIN . Drama ini merupakan hasil karya skrip Mak Dara yang ke 70. Cerita ni cerita komedi.. Haaa memang peberet genre Mak Dara untuk menulis cerita yang lawak lawak ni. Bila dah dapat genre yang kita suka dan minat apalagi... Mak dara dapat habis menulis skrip drama ini dalam masa 17 jam sahaja non stop!!! Haaa ini antara record terbaru Mak dara sejak menulis selama 18 tahun ni hehe.. Selalunya kalau menulis sesuatu skrip drama ambil masa sekurang kurangnya 5 hari ke 2 minggu atau lebih.. Entah le kali ni boleh pulak buat tak sampai satu hari hehe.. Ok moh Mak Dara kongsikan sedikit sinopsis dan jalan cerita drama MENCARI DATIN ni ya..


Skrip Ke 70

Tajuk: MENCARI DATIN

Durasi : 60 minit
PRODUKSI: PENTAS WAYANG SDN BHD
PRODUSER: TS JEFREY
Idea Asal : MARTIAS ALI
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Martias Ali
SIARAN : TV9 (mungkin akan ditayangkan pada hujung feb 2014 nnt)

SINOPSIS MENCARI DATIN

Razak awal 50an, seorang ahli peniagaan yang berjaya. Mempunyai dua orang isteri iaitu Saleha (40an) isteri tua dan Maria (awal 30an). Perkara yang menarik dalam kehidupannya bila mana kedua isterinya saling hormat menghormati dan memahami dunia bermadu.  Razak mempunya seorang anak perempuan  bernama Junaidah berusia dalam 20 an hasil perkahwinannya dengan Saleha dan seorang anak lelaki berusia 8 tahun hasil perkahwinan dengan isteri kedua. 

Razak begitu taat pada jadual rumah tangga dan tidak pernah mengabaikan giliran untuk bersama isteri pertama dan kedua. Segalanya begitu sempurna bagi Razak.
Namun segalanya mula berubah bila mana Razak menerima satu surat untuk di isi sebagai syarat bagi mendapatkan status Dato’  dari sebuah istana negeri.  Razak merasakan itu merupakan satu penghormatan kepada dirinya dan menambah kekuatan profile syarikat yang di milikinya itu. Berita itu kemudian sampai ke pengetahuan Saleha dan Maria.

Saleha terus merasakan bahawa tidak lama lagi dia akan bergelar Datin.  Saleha mulai berubah dari segi pakaian, perwatakan serta percakapannya.  Junaidah menjadi mastermind untuk groom ibunya sebagai persediaan untuk menjadi seorang Datin. 

Perbuatan Saleha itu menyebabkan Maria mulai merasa meyampah pada madunya itu. Saleha merasa yang dia kini mempunyai kelebihan berbanding dengan isteri mudanya. Perbuatan Saleha menyebabkan Maria mulai tertekan.
Wani  (20an) adik kepada Maria mulai menghasut Maria supaya kakaknya itu mendapat gelaran datin.  Wani menyuruh Maria memujuk Razak untuk menceraikan isteri tuanya. Persengketaan antara Maria dan Saleha akhirnya tercetus. Masing-masing mencari jalan  supaya Razak declare siapa yang harus mendapat title Datin.

Kini keharmonian kehidupan bermadu Razak mulai bergoncang.  Razak tahu bahawa Saleha yang layak mendapat pangkat datin kerana ia adalah isteri yang pertama. Namun Razak juga amat menyayangi Maria.

Saleha mulai berjinak-jinak dengan group datin yang sering ke sebuah kelab Pocho-Pocho.  Saleha mengaku yang dia adalah Datin Saleha.  Tanpa dia sedari ada seorang yang menyamar menjadi  Datin yang cuba mengambil kesempatan untuk menipu datin-datin di kelab itu. Salehater pengarauh dan melabur dalam satu projek dengan dangan jumlah wang yang banyak.

Maria pula semakin gilakan glamor. Dia seriang menawarkan diri untuk menjadi peanung di beberapa acara amal.  Maria menjadi semakin sibuk.Razak semakin kusut dengan perangai kedua-dua isterinya. Lantas dia banyak menghabiskan masa dengan Qasih, setiausaha di pejabatnya. Satu hari Saleha di jemput ke satu majlis amal di mana Maria menjadi penaung. Saleha mulai memecah tembelang dengan menatakan bahawa Maria bukan datin. Pergaduhan dan tarik rambut berlaku di hadapan pihak media. Suasana menjadi kecoh.

Keesokan harinya kedua-dua mereka berada di dalam penjara kerana membuat kacau.  Razak datang untuk menjamin mereka berdua. Razak kemudian memberi tahu bahawa dia tidak terpilih untuk mendapat gelaran Dato dankerana kesibukan mereka berdua mengejar title Datin, Razak telah mengahwini Qasih sebagai isteri ketiganya.

Setahun kemudian Razak mendapat gelaran Datuk bila mana Junaidah melahirkan cucu mereka yang pertama. 

Amacam ok tak citer ni hehe.. Drama ini akan diterbitkan oleh penerbit TS JEFRY dan syarikat PENTAS WAYANG PRODUCTION SDN BHD dan bakal menjalani penggambarannya tak lama lagi.. Doakan semoga shooting ini berjalan lancar dan dipermudahkan ye..

Jom terjah ke Blog / senarai drama yang pernah Mak dara hasilkan http://adzairda.blogspot.com/2014/01/drama-mencari-datin.html


Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda


Syukur alhamdullilah Mak Dara antara pemenang GA Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda yang dianjurkan oleh Blogger Mialiana . Dan hadiah telah selamat sampai ke rumah Mak Dara . Dan apalagi Mak Dara teruslah mencuba EPHYRA.. 

Tak kira remaja, tua atau muda jika bergelar wanita pasti akan menitik beratkan tentang kecantikkan dalaman dan juga luaran betul tak? Dan Mak Dara tak terkecuali dari golongan itu. Walaupun bukan nak cantik untuk tontonan ramai namun nak juga kelihatan cantik untuk suami kann.. Mak Dara telah menggunakan pelbagai jenis produk kecantikan sebelum ini yang jenis pil, jenis cream, jenis minum semuanya Mak Dara dah cuba namun kebanyakkannya tidak mendapat hasil yang memuaskan. Sehinggalah Mak Dara menggunakan produk EPHYRA ini....

EPHYRA adalah produk AWET MUDA ~ KOLAGEN + 8 ANTIOKSIDA terbaik. Kolagen untuk MEMPERBAHARUI, anti-oksida untuk MELINDUNGI.

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda


(mak dara nak feeling ala ala memey jap ahaks :)

KEISTIMEWAAN DAN KHASIAT EPHYRA

✔ Sesuai untuk lelaki dan perempuan
✔ Anda dapai merasai kesan dalam 10 hari
✔ Menggunakan gabungan anti-oksidan terhebat didunia
✔ Merawat serta mencegat jerawat
✔ Wajah cerah berseri tanpa perlu SUNTIK
✔ Mengecilkan liang roma
✔ Mencegah kedutan dan kekenduran pada kulit
✔ ALTERNATIF kepada SUNTIKAN VITAMIN C dan GLUTATHIONE
✔ Menghilangkan tompok hitam dan parut
✔ Kesan pencerahan yang menakjubkan
✔ Meningkatkan fungsi setiap sel & melambatkan proses penuaan
✔ Mencegah kerosakan KOLAGEN
✔ Meningkatkan daya ketahanan badan
✔ Rambut dan kuku menjadi lebih sihat
✔ Melindungi daripada sinaran UA-B
✔ Menyembuhkan luka dan mencegah parut
✔ Badan menjadi lebih sihat dan bertenaga


Setelah memakai produk Ephyra ni .. warna kulit muka mak dara nampak lebih sekata takde lah nampak satu bahagian putih satu bahagian agak gelap terutamanya di bahagian bawah mata.. Ephyra memang mampu untuk menghilangkan tompok hitam dan parut terutama parut jerawat.  Yaaa kalau dah nama perempuan tu memang tak boleh lari dari masalah jerawat kan.. Tambah tambah lagi bila tiba hari yang "tertentu tu". Ha tangan pun mula lah gatal nak picit picit jerawat tu kan dan akhirnya meninggalkan parut jerawat. Dan itulah yang berlaku pada Mak Dara namun setelah menggunakan EPHYRA alhamdullilah parut dan tompok hitam itu mulai pudar dan hilang. 


Dan ramai kawan dan saudara katakan yang  kulit Mak Dara sedikit cerah dari sebelumnya.. Ohhh memangggg berbaloi baloi pakai produk ni...Pada yang inginkan kulit yang putih , gebu dan flawless.. tak perlu lah nak jalani suntikan atau laser bagai.. Gunakan produk EPHYRA anda akan dapat hasil yang

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK