Assalam duhai teman.. Hari ni Mak Dara nak mengkhaborkan pada anda semua tentang satu majlis Amal yang dianjurkan oleh teman Mak Dara iaitu Puan Salmiah Bt Bahman dan majlis itu ialah 90 Years MGS Gala Nite!
MGS Gala Nite akan diadakan pada 12 April 2014. Ianya bertujuan untuk mengumpul dana memperbaiki infrastruktur sekolah dan sambutan sempena sambutan 90 tahun penubuhan sekolah MGS Klang (sejak 1924). Program Gala Nite 90 tahun MGS Klang 2014 dianjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dan ALUMNI MGS bertujuan untuk mengumpul dana bagi membaik pulih Dewan Eklund, makmal sains, gelanggang bola keranjang serta membeli peralatan pancaragam baharu untuk sekolah. Sasaran kutipan sebanyak RM500,000 adalah melalui projek jualan meja untuk Majlis Kemuncak Gala Nite yang akan di adakan pada 12 April 2014 .
Dana Malam Gala MGS akan digunakan untuk pembinaan
laluan gajah menyusur antara Jalan Emas dan Jalan Raya Barat.
Hasil kutipan dana malam gala MGS antaranya ialah
bagi menggantikan peralatan band yang telah uzur
Antara projek yang akan dijalankan hasil daripada dana
90 Years MGS Gala Nite dan sumbangan orang ramai
ialah menaik taraf makmal-makmal Sains MGS
Gelanggang bola keranjang yang perlu dibaik pulih
MGS Gala Nite
Makan Malam Amal untuk Projek Baik Pulih dan
Sambutan 90 Tahun MGS Klang
Tarikh
12 April 2014
Masa
8 malam - 11 malam
Tempat
Dewan Sekolah Menengah Hin Hua, Klang
(sebelah Sekolah La Salle Klang)
Tema
Ranggi 60-an
Harga Tiket
RM100 / seat
Tujuan
mengumpul dana baik pulih sekolah terutama sekali
untuk Dewan Eklund
FB Group Page
Kita jadikannya re-union besar-besaran, boleh tak?
** Sumbangan dari sektor korporat / swasta juga amat di perlukan. Jika anda ingin membuat sebarang pengiklanan @ sumbangan ikhlas, sila rujuk ke FB Group Page atau hubungi 03-33711330. Atau anda boleh ke blog http://anuarsalmiah.blogspot.com/2014/01/attention-to-ex-student-of-mgs-klang.html# untuk maklumat lanjut - Terima Kasih .
# semua gambar adalah hak milik90 Years MGS Gala Nite
# pada sesiapa yang akan/bakal mengadakan majlis amal atau non profit event dan ingin Mak Dara war warkan di dalam blog Mak Dara sila emailkan semua detail majlis itu ke @ mrs_martias@yahoo.com .