Wednesday, February 5, 2014

EKSKLUSIF - Irfan Khairi Berlakon Filem

Siapa tak kenal dengan Jutawan Internet IRFAN KHAIRI kan.. Hari ini Irfan Khairi telah menambah satu lagi bidang dalam biodatanya selain bergelar "jutawan Internet" kini beliau telah berjelar Pelakon. Ya hari ini dan pada ketika ini Irfan Khairi berada di set lokasi penggambaran filem KAPSUL bersama sama dengan Dato Tarmimi Sarigar dan Dato Rahim Razali. Lokasi penggambaran mereka pada hari ini ialah di Pulau Indah dan di atas sebuah bot mewah.

Mari Mak Dara kongsikan beberapa keping gambar eksklusif mereka di set lokasi filem KAPSUL ini ya..

Irfan Khairi bersama Dato Tarmimi Sarigar

Dato Rahim Razali

Irfan Khairi sedang melakonkan wataknya

Terima kasih kepada somi Mak Dara Martias Ali iaitu pengarah untuk filem ini yang telah menghantar gambar gambar eksklusif ini kepada Mak Dara pagi tadi maka dapatlah Mak Dara kongsikan dengan anda semua.

Somi Mak Dara Martias Ali tiba awal di set lokasi

Hari ini merupakan hari ke 21 penggambaran bagi Filem KAPSUL ini. Dan berbaki lagi beberapa hari sahaja sebelum tamat penggambaran. Dan insyaa Allah mak dara akan ke set lokasi pada hari terakhir shooting ini nanti dan akan kongsikan dengan anda lebih banyak gambar eksklusif para pelakon nanti ya..

Semoga perjalanan penggambaran ini dipermudahkan dan semoga filem ini dapat diterima oleh semua penonton Insyaa Allah.. Dengan izin Allah swt..






WW: Teaser FILEM KAPSUL - Akan Datang


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK