Thursday, February 6, 2014

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014

Wohooooooooo SEPETANG BERSAMA BLOGGER datang lagi!!!! Haaa macam iklan tora datang lagi pulak kekdahnya kan haha.. Ya SBB merupakan salah sebuah acara dan event terbesar untuk para blogger kembali untuk tahun 2014! Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s bertujuan mengumpulkan blogger-blogger Asia Tenggara dari Malaysia, Brunei, Indonesia dan mungkin negara-negara yang lain juga dan akan diadakan di Saloma Bistro, Jalan Ampang pada 8 mac depan. 

Mak Dara di #sbb2013

Rata rata ramai teman blogger yang telahpun mendaftar bagi menyertai acara hebat yang dianjurkan oleh Denaihati ini dan Mak Dara tidak lepaskan peluang untuk turut sama.. Dan kali ini Mak dara bawak geng hehe.. Siapa lagi geng Mak Dara kalau bukan sepupu Mak si MAK LADY tu.. Setelah bincang punya bincang punya bincang akhirnya kami telah mendaftar untuk 8 orang termasuk anak anak kitaorang.. Haa kau.. sekali bawak sekampung..Untuk sebuah meja yg boleh memuatkan 10 orang mungkin kami dah monopoli 80% meja kat #SBB2014 nanti hahaha..

Dengar cerita #sbb pada tahun ni lebih gempak, lebih meriah dan lebih banyak hadiah dan cabutan bertuah . Dan yang paling menarik dengar khabor Blogger SHAKIDO dan MELASTIK BINTANG akan buat show ala ala panca sitara..benarkah? Haa nak tahu kenalah join.. Walaweii rugiiii tau kalau tak joinnnn hehe !!! 

Masih teringat lagi kenangan manis ketika Mak Dara menyertai SBB pada tahun lepas.. Bukan sahaja Mak Dara dapat bertemu dengan ramaiiiii rakan blogger dah tu menang hadiah cabutan bertuah sebuah IPAD MINI malah Mak Dara juga telah diinterview oleh wartawan RTM siap keluor berita lagi uols huhu.. Namun satu aje yang Mak dara masih kesal hingga hari ni iaitu Mak Dara terpaksa menolak jemputan oleh Tuan Denaihati untuk menjadi salah seorang panel speaker untuk majlis itu.. Adoiii MENYESALLLLL tak sudahhh wei.. Tapi tu la Mak dara ni ada Glossophobia iaitu "Phobia Speaking In Public" . Kalau setakat sembang sembang biasa dengan kawan kawan takde masalah. Tapi kalau nak bercakap dengan semua mata tertumpu pada Mak haa kat situ mak dara boleh kena panic attack.. Entah le dari kecik lagi dah ada benda ni.. huhu..

Mak Dara di interview @ #sbb2013

Mak Dara menang ipad mini di #sbb2013

Mak Dara dan somi di sbb2013

Mak Dara bersama anak buah Elia dan Amer 
dan sepupuku Mak Lady uolsss :)

Fuhhh memang terujaaa habis nak ke sbb2014 ni.. Haaa ada sesiapa yang dah daftar untuk ke majlis ni.. Kalau terjumpa dengan mak tu tegur tegur lah mak ye.. Almaklumlah mak ni pemaluuuu orangnya uhuk uhuk.. Dan pada yang belum mendaftar lagi tu jangan lepaskan peluang untuk join.. Hanya RM20 sahaja untuk setiap seorang.. Cepat mendaftar di SINI atau klik link ini http://sbb.my/?affiliates=ea5d2f1c4608232e07d3aa3d998e5135 laju laju ok..  Cepat mendaftar dan moh meroyan di Sepetang Bersama Blogger 2014 beramai ramaiiii....

Entry Sepetang Bersama Blogger 2013

psstt psttt alang alang dah ada kat sini bolehkah kiranya anda tolong vote utk MD utk MSMW for BEST LIFESTYLE BLOG.. klik di SINI utk vote ya.. muahh tq

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK