Tuesday, February 11, 2014

Suami Mak Dara Kemalangan!

Bagai luruh jantung Mak Dara apabila mendapat panggilan dari somi Mak Dara semalam tatkala dia menyatakan bahawa dia mengalami kemalangan. Katanya kereta dipandunya telah dilanggar dari belakang dengan kuat sekali! Soalan pertama yang terpacul di bibir mak ketika itu "Abang ok? dan somi mak menjawab "Abang ok tapi kereta bahagian belakang memang total lost!" .. Bagi mak dara kereta tu biarlah itu mungkin dah takdir untuknya namun sujud syukur pada Allah swt kerana somi mak dara terselamat dan tiada yang buruk menimpanya. Amin..Apa lagi Mak dara menelefon keluarga Mak dan terus bergegas ke lokasi pelanggaran di Damansara berhadapan dengan bangunan TV3.

keadaan kereta somi mak yang dilanggar



Mengucap panjang Mak Dara melihat keadaan kereta yang dilanggar. Dan bertapa syukurnya Mak Dara kerana somi Mak Dara tidak mengalami sebarang kecederaan. Bertapa besarnya kuasamu ya Allah.. Syukur..Dan kereta ini terus ditarik oleh tow truck dan terus dibawa ke Balai Polis.

Di balai Polis. Somi Mak Dara (berdiri) bersama lelaki 
yang melanggar keretanya (duduk)

lelaki cina ini mengadu sakit dada akibat tali pinggang
somi mak siap suruh dia pegi wat check up lagi 
hmmmm sabor je lah...

Di balai polis buat laporan kemalangan. Kesian juga nengok lelaki cina ini (yg sdg duduk). He is the one yg langgar kereta somi mak dari belakang.. He is still in shock and menggigil lepas dah langgar kereta somi mak.. The best part is dia kata dia lega kerana somi mak tak marah dia langsung.. Nak marah buat apa kan benda dah berlaku.. Rasanya kalau org lain kompom dia ni kena kaw kaw dah.. Lelaki ini bekerja sebagai penjual wain. Dan kata teman mak dara dia nampak macam mabuk je.. Hmmm entahlah.. Mari berprasangka baik sajalah kan.. tak semestinya penjual wain hari hari nak teguk wain seperti penjual ayam takkan hari hari nak makan ayam saja kan.. lagipun pihak polis pun takde pulak check dia ni mabuk atau tak... Entahlah... Wallahhualam...

Kejadian berlaku di jalan di hadapan TV3 Damansara. What happened was.. Sedang somi mak memandu tiba tiba sebuah kereta dengan laju datang langgar dari belakang dgn sgt kuat.. Kata lelaki ini dia tak sihat ketika driving dan tak sempat break.. Memang dia bawa lajuuu.. Hmm apa boleh buat.. Percaya pada takdir pasti ada kebaikan atas apa yg berlaku.. Insyaa allah.. Dengan izin Allah swt... Selepas membuat laporan polis. Kereta kami di bawa ke workshop untuk direpair.. Dan dengar khabor mungkin mengambil masa 2-3 bulan untuk dibaiki. Redha ajelah.. Nak buat macam mana lagi kan..

kereta baru sampai workshop

Walau apapun yang berlaku mak dara dan somi bersyukur kerana Allah swt masih sayangkan somi mak Martias Ali.. Sujud syukur padamu Ya Allah... 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK