Tuesday, February 18, 2014

Teruja ! Preview Gym untuk Artikel Harian Metro

Assalam duhai teman.. Rasanya rata rata semua dah tahu tentang rancangan sepupu Mak Dara Sarimah Zainul serta Mak Dara sendiri untuk membuka sebuah gym khas untuk wanita kan .. Gym kami ialah MIZFITS FITNESS dan telahpun mula beroperasi sejak Januari yang lalu. 

Terkejut seketika Mak Dara apabila menerima email dari seorang wartawan dari Harian metro yang mahu menulis artikel mengenai gym MizFits Fitness Centre kami ini! 


Insyaaallah besok sesi temuramah dan photografi akan di jalankan di gym dan artikel itu akan disiarkan di Harian Metro pada isnin minggu depan . 

Terkedu dan terharuuuuu juga bila ada juga wartawan yang sudi baca blog meroyan mak ni ye hehehe.. apa apapun really wish our CEO/Chairlady Sarimah dapat turut serta dalam sesi interview dan photoshoot ini esok... Namun apakan daya Sarimah berada jauh nun di Perlis dan sibuk dengan kerjanya. Kalau tak kompom lagi meriahhhh sesi temuramah tu esok hehe.. 


Syukur alhamdullilah.. Pihak kami rasa sangat sangat teruja dan rasa terrramatlah bertuah kerana perniagaan kami yang baru saja dibuka dalam masa sebulan telah dipilih untuk dipreview di Harian Metro yang sungguh hebat itu.. Semua perniagaan yang baru dibuka memang memerlukan hebahan untuk membantu perniagaan. Namun tak pernah disangka akan mendapat hebahan yang sebesar ini..  Jutaan terima kasih kepada wartawan dan pihak Harian Metro. Alhamdullilah mungkin juga ini kerana berkat kesabaran pemilik, Puan sarimah, staff dan kami semua yang terlibat dengan MizsFits Fitness selama ini.. Alhamdullilah..

Kepada teman teman sekalian, doa doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan ya..

MizFits Fitness Facebook Fanpage


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK