Friday, February 21, 2014

Teaser FILEM KAPSUL

Assalam duhai teman.. Rasanya rata rata telah mengetahui tentang filem KAPSUL yang baru sahaja tamat penggambarannya pada beberapa minggu yang lalu. Somi Mak Dara , Martias Ali merupakan penulis skrip dan pengarah bagi filem ini dan En Amru Najmi Osman dan syarikat Two Tones Sdn Bhd merupakan penerbit bagi filem ini.. Pada tika dan saat ini filem KAPSUL dalam proses editing. Namun pihak Two Tones telah mengeluarkan beberapa teaser sebagai promo untuk filem ini. Mari Mak Dara kongsikan antara teaser filem KAPSUL ini ya..




Haaa macam mana??? Gempakkk kan teaser filem KAPSUL ini.. Itu baru teaser belom betul betul full lengh film lagi.. Nantikan filem KAPSUL akan datang!

SINOPSIS FILEM KAPSUL
Sebuah kapsul masa wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan telah membawa Zohri kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawanya pulang ke zamannya sekarang kecuali dirinya sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FILEM KAPSUL boleh ke FB PAGE @ https://www.facebook.com/kapsulthemovie atau ke webpage @ http://www.filemkapsul.com/

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK