Saturday, February 22, 2014

Dato Sudirman Hj Arshad Dalam Kenangan

Hari ini 22hb Feb. Tarikh Malaysia kehilangan lagenda patriot senisuara 
Dato Sudirman Hj Arshad. 


Sesungguhnya kehilangan Allahyarham Sudirman di usia yang sebegitu muda sangat-sangat dirasai oleh semua peminatnya..

Masih teringat lagi saat saat ketika Mak dara mendengar tentang berita kematiannya.. Pada masa itu Mak Dara berada di sebuah kedai cermin mata dan pada waktu itu Mak Dara berumur 14 tahun.. Sedang Mak Dara mencuba cermin mata yang telah mak dara tempah dan saat itu juga radio di kedai itu yang sedang berkumandang menyiarkan berita tentang pemergian allahyarham.. Memang sedihhhhh .. Jadi tiap kali 22hb feb saja mak dara pasti secara automatik akan teringat bahawa itu adalah hari allahyarham meninggal dunia dan hari pertama mak dara memakai cermin mata..

Allahyarham Sudirman memang menjadi idola Mak Dara dan keluarga.. Terutama sekali ibu mak dara dan adik mak dara Adza Tuty pernah bertemunya di sebuah konsert di pulau pinang di mana dia memanggil ibu mak dara dan mendukung adik mak dara yang pada ketika itu darjah 2 dan kemudian bertanya.. "Adik dari mana" dan adik mak menjawab. "Kulim". Lepas itu allahyarham bertanya lagi "Siapa nama adik?" dan adik mak menjawab "Adza tutyrianti".. seraya itu dia ketawa dan berkata "wahh nama panjang macam keretapi" .... hehehe walaupun hanya beberapa saat disapa allahyarham namun kenangan manis itu akan terpahat diingatan sampai bila bila....

Al Fatiah untuk allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad. Moga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah sewaktu bermaustautin didunia yg fana ini dahulu. Al Fatihah


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK