Tuesday, February 25, 2014

Somi Mak Dara Dan Majalah Libur

Assalammualaikum duhai teman..

Pagi tadi maka berlangsunglah sesi temuramah dan sesi photoshoot somi Mak Dara Martias Ali untuk Majalah LIBUR. Sebuah majalah mengenai travel.. Dan somi Mak Dara selaku pengerusi MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB MALAYSIA pun diinterview bagi membincangkan tentang cara travel secara backpacking gitewwww... Moh Mak Dara kongsikan sedikit dengan anda gambor yang sempat Mak Dara snap masa sesi interview tu ya..



sesi photografi

Sesi temuramah

Begitulah serba sedikit gambor yang sempat mak snapkan tadi.. Maka dalam interview tu antara topik yang dibincangkan ialah "apakah Backpacking" Pengalaman manis dan pahit Backpacking" tips Backpaking dan banyak lagi.. Dan antara tips yang diberikan somi mak dara ialah sebelum melakukan sebarang pengembaraan haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal. Dan kalau boleh selalulah melakukan senaman.. Maka sempat juga somi Mak mempromotekan gym MIZFITS FITNESS ini kepada pembaca majalah Libur itu..

Somi Mak Dara bersama wartawan majalah Libur
 
 Syukur alhamdullilah interview berjalan dengan sangat lancar dan dikhabarkan artikel ini akan disiarkan pada keluaran akan datang insyaa allah..

Ok pada anda anda yang minat untuk travel tu bolehlah dapatkan majalah Libur ni tau.. Dan pada sesiapa yang minat untuk travel secara backpacking boleh ke page MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB MALAYSIA . Dan pada mereka yang tengah mencari gym khas buat wanita bolehlah ke page MIZFITS FITNESS untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gym kami ini ya :)





THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK