Waduh seronok betul bila buka saja email dan terima jemputan ke JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA PROGRAM CSR, TAYANGAN AMAL KHAS DAN MINI KARNIVAL, FILEM ANIMASI SUPERSQUAD
Tujuan bagi mengadakan Program CSR, Tayangan Amal Khas dan Mini Karnival ini ialah untuk membawa keriangan dan keceriaan kepada anak-anak yatim dan anak-anak kurang bernasib baik melalui Tontonan Filem Animasi SuperSquad yang diadakan KHAS hanya untuk anak-anak dan juga Mini Karnival yang berbentuk ‘Educational Entertainment (Edutainment)’ seperti pembelajaran pembikinan Animasi SuperSquad dalam bentuk 3D dan 2D, ‘SuperSquad Mascot Appearance’ serta ‘SuperSquad Edutainment Games’ istimewa untuk anak-anak ini. Filem Animasi SuperSquad ini akan ditayangkan kepada penonton umum di Pawagam pada bulan Mei 2014.
Filem Animasi SuperSquad yang mengisahkan 5 orang adiwira, Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan Bumi dan ayah mereka, iaitu Laksamana Aaron, apabila Bumi diserang oleh makhluk asing. Sebuah filem epic‘action comedy’, filem ini mengandungi babak peperangan di angkasa lepas, pertempuran di sebuah kampung, babak cemas apabila makhluk asing ganas mendarat di Bandaraya Kuala Lumpur, pertempuran sengit di langit di atas KLCC dan berbagai lagi.
Netcarbon Sdn. Bhd. juga turut mengumumkan senarai pelakon suara (voice over) yang membintangi watak-watak dalam filem animasi ini iaitu Aaron Aziz sebagai Laksamana Aaron, Dafi sebagai Kapten Danny dan Diana Danielle sebagai Elly adalah peneraju utama yang membintangi filem ini. Penampilan istimewa bersama Radhi Khalid (Blinq), Marina Tan (Alan),Elza Irdalynna (Sasha), Amran Ismail (Mat & Dragon Lord), Megat Shahrizal (Zeeboz) dan Maya Arissa (Ratu) sebagai watak penting dalam Filem Animasi SuperSquad. Insya’ALLAH, mereka akan hadir bersama-sama di majlis ini nanti.
Jutaan terima kasih kepada Netcarbon Sdn. Bhd , Aculnetwork dan mereka yang terlibat atas jemputan ini. Tak sebar rasanya nak ke majlis ini. Ada sesiapa yg dpt jemputan ni tak? Boleh kita jumpa di sanaa di sanaaa di sanaaaa..