Tuesday, March 4, 2014

Mak Dara Dan Somi Di Sesi Photografi Akhbar Utusan Malaysia Hari Ini

Assalam duhai teman.. Rasanya rata rata semua dah tahu tentang pekerjaan Mak dara sebenarnya selain dari menjadi blogger meroyan adalah sebagai penulis skrip kan.. Haa ada juga yang belum tahu.. Kalau nak tau lebih tentang drama drama yang mak dara telah hasilkan bolehlah klik di SINI . Dan kebanyakkan skrip yang Mak Dara hasilkan dan bakal hasilkan selalunya mak dara akan kongsikan dengan anda contohnya seperti entry ini "BUKIT BESI - FILEM KENEGARAAN"

pic by google

Skrip Filem Bukit Besi ini adalah hasil karya somi Mak Martias Ali, adik Mak Adza Nasyaemie dan Mak Dara sendiri. Dan pada beberapa hari lalu seorang wartawan dari Utusan Malaysia Rosalinda Said yang sedang siapkan artikel rencana 3 muka surat tentang Bukit Besi untuk ruangan S2 Utusan Malaysia telah terbaca artikel Mak Dara itu dan terus email Mak Dara. Katanya since usaha kami tu berkait rapat dengan artikel rencana tentang Bukit Besi yang sedang dia siapkan maka beliau berminat nak interviu kami berhubung projek itu. Oleh kerana Wartawan itu tinggal jauh maka sesi interview berlangsung secara online. Dimana beliau menghantarkan semua soalan melalui email dan mak dara dan somi membalas emailnya dengan jawapan.. 

Dan pada hari ini sesi telah ditetapkan sebuah sesi photografi untuk Mak Dara dan Somi untuk dimasukkan ke dalam artikel itu.. Sesi photografi akan bermula jam 3 petang nanti.. Doakan semoga sesi photografi ini berjalan dengan lancar ya insyaa allah.. Menurut wartawan Rosalinda Said artikel ini akan dikeluarkan pada 15hb Mac di ruangan S@ utusan Malaysia.. Jangan lupa beli utusan malaysia nanti ye hehe


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK