Thursday, March 6, 2014

QARIN Usik Semangat Di HARIAN METRO

Ada yang dah tahu dan mungkin yang belum tahu bahawa pekerjaan Mak dara sebenarnya ialah menulis skrip drama. Drama terbaru Mak Dara iaitu drama bersiri 13 episod bertajuk QARIN hasil skrip Mak Dara dan adik Mak Dara Adza Nasyaemie. QARIN telahpun habis penggambarannya dua bulan lalu dan kisah ini juga telah tersiar di Utusan dan hari ini disiarkan di HARIAN METRO dengan tajuk "Qarin Usik Semangat" di ruangan RAP ms8 & ms9.

Artikel di HARIAN METRO hari ini!



Walaweiii kombang kecut kombang kecut je bila terlihat nama Mak Dara "Adza Irdawati Adenan"  dan adik mak Adza Nasyaemie Adenan di Harian Metro hari ni hehe.. 

Pelakon lain yang turut terlibat dalam menjayakan drama ini adalah Uqasha Senrose, Zain Hamid, Adik Fateha dan Adik Daniel Ilham. Kalau anda nak baca apa yang ditulis oleh HARIAN METRO mengenai drama QARIN ini boleh klik di SINI Drama QARIN ini yang mungkin akan mula ditayangkan di RTM 1 pada pertengahan tahun ini In Sya Allah. Doa doakan semoga perjalanan mak dara sebagai penulis dipermudahkan ya.. amin... 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK