Tuesday, March 18, 2014

Semoga Cepat Sembuh Sayang...

Hampir sebulan berlalu... Setelah 5 kali ke klinik swasta , klinik kerajaan dan ke Hospital Ampang dan bertemu 5 orang doktor, suami Mak Dara Martias Ali masih belum sihat dari sakitnya.. 

somi MD di klinik ke 5 (15hb mac lalu)

Sakit apa? Hmmm itu juga yang masih menjadi tanda tanya kepada Mak Dara, somi dan seluruh keluarga kami.. Ini kerana setelah bertemu dengan 5 orang doktor masing masing memberikan pendapat yang berlainan.. 

DIOGNOSIS Doktor #1
Doktor pertama di Klinik Kita Wangsa Maju menyatakan bahawa bengkak bengkak di kaki somi mak dara mungkin berpunca dari mucle pain akibat penglibatan suami mak dara dalam shooting filem KAPSUL yang memakan masa selama hampir sebulan.. Maka diberi ubat mucle pain release.

DIOGNOSIS Doktor #2
Setelah sakit tidak juga sembuh kami ke klinik ke dua iaitu di klinik swasta. Di mana Doktor mejangkakan mungkin ada masalah buah pinggang apabila mendapati bengkak di kaki somi tidak surut hampir seminggu. Lalu dibuat rawatan dan doktor nasihatkan supaya berhenti dari mengambil ubat dari klinik pertama dan meneruskan dengan ubat yang diberinya.

DIOGNOSIS Doktor #3
Masuk minggu ketiga.. Sakit masih tidak sembuh maka kami ke klinik kerajaan AU2. Di sana kami menemui doktor dan doktor membuat ujian dan rawatan dan menyatakan pendapatnya bahawa sakit somi mak dara mungkin ada kena mengena dengan masalah jantung. Doktor nasihatkan supaya berhenti dari mengambil ubat dari klinik kedua dan meneruskan dengan ubat yang diberinya . Dan doktor memberikan tarikh temujanji untuk membuat ujian darah tapi pada 1hb April 2014. 

DIOGNOSIS Doktor #4
Dua hari berlalu Tidak dapat menahan sakitnya akhirnya somi mak dara pergi ke Hospital Ampang. Namun pada mulanya dia tidak dibenarkan masuk membuat rawatan kerana tidak membawa sebarang surat dari klinik kerajaan atau swasta. Namun somi mak dara tetap berkeras kerana katanya dia telah berulang alik dari klinik swasta dan kerajaan namun sakitnya masih tidak sembuh. Melihat keadaan itu pegawai yang menjaga kaunter saringan di hadapan wad kecemasan membenarkan somi mak dara masuk untuk mendapatkan rawatan. Setelah hampir 2 jam menunggu giliran akhirnya kami dapat bertemu doktor. Setelah ujian dan rawatan dibuat akhirnya doktor menyatakan bahawa kemungkinan besar telah terkena gigitan serangga berbisa. doktor nasihatkan supaya berhenti dari mengambil ubat dari klinik ketiga dan meneruskan dengan ubat yang diberinya.

Selang beberapa hari  sakit somi Mak Dara makin bertambah. Akhirnya Mak Dara dan somi bertemu dengan pakcik Mak Dara iaitu Imam besar di Kulim Kedah bagi meminta bantuannya secara rawatan islam dan keesokkan harinya somi mak dara kelihatan sedikit bersemangat. Dari segi dalamannya alhamdullilah.. Somi mengikut pesanan dari Pakcik dengan bacaan bacaan ayat ayat suci Al Quran dan doa doa.... namun kesakitan terus melanda.

DIOGNOSIS Doktor #5
Kini hampir sebulan berlalu dan somi mak dara masih sakit sakit. Dan akhirnya atas nasihat kawan dia membuat blood test di sebuah kliik di Ukay Perdana kerana rasa untuk membuat blood test di klinik kerajaan lambat lagi iaitu pada 1hb april depan. Maka setelah membuat blood test somi diberikan ubat dan dinasihatkan berhenti dari makan ubat dari Hospital Ampang. dan semalam 17hb Mac kami menerima keputusan blood test dan doktor menyatakan terdapat seperti "parasit" di dalam darah somi Mak Dara dan dia meminta supaya somi Mak Dara menjalani blood test kali ke dua esok 19hb Mac.. 



Masyaallah.. kau tabahkanlah somi ku dalam menempuh ujianMu ini Ya Allah.. Bersabar dan bertabahlah sayang... Itu maknanya Allah swt sayangkan abang.. Moga segera sembuh dan teruskan berikhtiar ye yang.. insya allah dengan izin Allah swt..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK