Saturday, March 22, 2014

Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 - Episod 1

As salam duhai teman.. Yaa hampir dua minggu majlis SBB2014 telah berlalu.. Dan rasanya kesemua blogger yang telah hadir di majlis itu telah pun membuat entry memasing.. Namun Mak Dara hari ini baru pertama kali nak menulis entry mengenai majlis gilang gemilang ini.. Ok ini adalah episod pertama untuk entry SBB2014 ini.. Mak Dara bersama 7 ahli keluarga termasuk somi, anak, sepupu dan anak anak buah telah ke majlis SBB ni dan kiranya kami dah conquer hampir 80% meja tu hehe.. Meja kami betul betul di hadapan pintu masuk.. So kompom kompom le sapa yang masuk ke dewan ni akan bertemu kami dulu hewhewhew.. ok Moh mak mulakan perkongsian gambor la.. 

sebelum masuk dewan kasi pose dulu hewhewhew

sempat juga bergambor dgn Tuan denaihati

Mak dan sepupu Mak Lady 

Mak dan somi

Kami di meja no 28

Setelah majlis dirasmikan dan ucapan ucapan diberikan tiba tiba majlis dimulakan dengan video klip dari SBB tahun lepas di mana klip di ambil dari sesi temubual dengan wartawan RTM.. Dan mak terus cari port nak tutup muka.. kenapa????

waduhhh interbiew mak pun kuor sama..

adoiii I is shy shy tawww huhu

Time mak buat buat sibuk nengok handphone hahaha.. Ye lah bila nengok balik rakaman ni nampak naw naw mak dara ni terlebih potpetpotpet time interbiu tu.. Adoii peringatan untuk diri sendiri kena ada button stop masa bercakap haha..

Majlis terus berlangsung dengan gemilangnya dengan kehadiran lebih 300 orang blogger . Oh terasa diri ini sungguh kerdil tatkala berada di kalangan otai otai blogger tu semua.. Namun rasa amat bersyukur kerana ada juga beberapa blogger yang mengenali diriku yang meroyan ini dan apalagi terus la snap snap gambor sampai lebam.. Antara yang sempat Mak berjumpa adalah mereka mereka ini...

Bersama adikku yang gojes Farah Wahida

bersama Mia Liana

bersama adik adik blogger ayu

Blogger Ieta

Bersama Deq Nor dan Boni Kacak

bersama Bella Luna

bersama sis Azhafizah

bersama deq nor

bersama blogger hebat Hazman

bersama blogger glamour Boni Kacak

bersama Acik

Bersama blogger Ijam

bersama blogger Mohd Rasul Abu Hanipah

bersama sis Nur Misnan


Jutaan terima kasih kepada mereka semua yang sudi menegur Mak Dara dan sudi layan mak dok snap snap gambor bersama Mak tau.. Memang sporting habes.. Hanya mereka ke yang sempat mak dara temui di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 itu? Oh tidak.. Jadi siapa lagi blogger yang sempat Mak Dara temui.. Nantikan sambungan episod ke dua nanti hehe.... Kalau dah nama penulis skrip kannn mesti ada sambungan punyalah barulah suspeng hehe..

Apa apapun.. Tika kita bergembira ada yang berduka.. Jadi janganlah kita terlalu bergembira marilah kita meneruskan doa untuk keselamatan para crew dan penumpang pesawat MH370.. PRAY FOR MH370 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK