Monday, March 31, 2014

Koleksi Terbaru CARLO RINO Menggancam!

As salam duhai teman.. Semalam Mak Dara telah memenuhi satu jemputan kksklusif dari teman Blogger Mak Dara iaitu Cynth Suet Mun  untuk ke sebuah event oleh jenama terkemuka CARLO RINO bagi memperkenalkan koleksi terbaru mereka iaitu "SPRING INTO SUMMER DREAMS" . Haaa sapa yang tak kenal dengan brand hebat ini kan.. Carlo Rino telah ditubuhkan pada tahun 1986, Ia sebuah jenama terkemuka di dunia dalam membuat barang-barang fesyen yang tinggi dan aksesori dari bahan-bahan terbaik. 

Gaya Carlo Rino ini adalah tentang kewanitaan dan fungsi. Ia adalah bergaya tetapi praktikal dengan sempurna kontemporari dan serba boleh kombinasi yang dengan mudah boleh mengubah gaya anda dari hari ke malam, dari kasual untuk formal, sesuai untuk semua wanita . Ok mari Mak Dara kongsikan gambar yang sempat Mak Dara snap disepanjang majlis itu berlangsung.


Bersama Christy Chan
Baru tiba di majlis dan dapat duduk di depan stage teruja :)

with my sis Emie and blogger Yana Yassin 

Sesampai di Majlis ini Mak Dara disambut baik oleh pihak CARLO RINO terutama Christy Chan siap suruh duduk di seat betul betul depan stage cat walk tu lagi.. They are sooo AWESOME. Tidak lama kemudian show pun bermula. Dan para model keluar dan memperagakan koleksi terbaru dari CARLO RINO.






koleksi terbaru CARLO RINO

Sebagai salah satu jenama yang paling pesat berkembang, Carlo Rino percaya bahawa reka bentuk yang besar yang segar dan bergaya ditambah pula dengan bahan-bahan yang berkualiti adalah kunci untuk menangkap hati banyak wanita bandar muda yang ingin melihat yang terbaik sepanjang hari!

Fuhhh memang benar. Koleksi terbaru CARLO RINO kali ini memang MENGANCAM HABIS!! Serasa tidak puas untuk melihat bag bag yang diperagakan oleh para model itu di pentas. 


Para Blogger yang dijemput ke majlis ini

Kemeriahan tidak terhenti di situ sahaja. Rupa rupanya semua blogger yang hadir telah diberikan voucher sebanyak RM300 untuk membeli belah di CARLO RINO Pavilion itu.. Apa lagi kami semua terus le terjah ke kedai Carlo Rino itu.

Mak Dara dan Chyntia






Hampir sejam lebih juga kami semua berada di sana.. Haaaaa dan akhirnya Mak Dara telah jumpa bag tangan yang berkenan di hati dan apalagi terus le beli dengan voucher yang diberikan oleh pihak CARLO RINO..

Mak Dara dan Yana Yassin selesai shopping ehehe.. penuh bag ditangan

bag CARLO RINO pilihan hatiku... ;)

Mak Dara amat amat berterima kasih kepada semua para staff yang melayan kerenah kami yang banyak songeh ini.. Kejap kejap pilih bag tu.. Kejap kejap pilih bag ini.. Sekejap suruh cari colour bag yang itu kejap tak jadi tukar colour bag pulak.. Namun setiap mereka senyum sahaja malahan memberi pandangan dan pendapat mereka bag yang mana sesuai untuk kami dapatkan.. Dan jutaan terima kasih kepada  Cynth Suet Mun atas jemputan ini.. Kalau tak tak merasa lah I nak pakai bag hebat dari Carlo Rino ini!!! You guys are super AWESOME!!

Tahniah diucapkan kepada CARLO RINO atas kejayaan majlis yang sungguh berprestij ini dan jutaan terima kasih atas layanan dan voucher dan barangan yang diberikan kepada kami blogger. Barangan CARLO RINO memang sangat sangat berkualiti dan menarik.. Lepas ni takde lagi nak cari Brand lain selain CARLO RINO.. Untuk keterangan lanjut mengenai barangan CARLO RINO boleh klik di link di  bawah:
WEBSITE CARLO RINO

FACEBOOK PAGE CARLO RINO

CARLO RINO di hatiku... Jom dapatkan sekarang!!!!
                 

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK