As salam duhai teman.. Tengah buat apa tu? Ok kalau anda yang free free tu moh le menonton filem bertajuk LIBAS yang sedang ditayangkan di RTM2 pada tika dan saat ini..
Ada yang pernah menonton filem ini dahulu dan ada juga yang belum.. Jadi pada yang belum tu moh le layan filem ni sama sama.. Mungkin ada juga yang tak tahu bahawa filem Libas ini sebenarnya merupakan hasil idea asal oleh En Jurey Rosli dan somi Mak Dara Martias Ali. Idea untuk membuat filem ini telah terhasil pada tahun 2003 lagi. Skrip Libas kemudian telah ditulis oleh Martias Ali. Dan sebenarnya Mak Dara juga ada menulis sedikit untuk filem ni hehe. Namun skrip ini telah diolah kembali 100% oleh somi mak Martias Ali pada tahun 2008. Dan akhirnya setelah bertahun tahun pembikinan filem ini, Libas akhirnya telah pun ditayangkan di panggung pada 29 September 2011. Dan kini ia ditayangkan di RTM 2 pula:)
Walaupun nama Mak Dara tidak diletakkan di kredit title bagi Filem ini namun mak sangat berbangga kerana terlibat dalam "the making of the script" hehehe.. Sekurang kurangnya beberapa nama watak yang mak cadangkan digunaka pakai dalam filem tu.. Jadilahhhh kann hehehehe...
Ok kalau sudi jom menonton LIBAS di RTM2 sekarang ya.. Jom LIBAS!!!!
Selamat menonton!!!