Friday, April 4, 2014

"TERINDAH" oleh Anuar Zain

Anuar Zain... 
Haaaa siapa yang tak kenal Anuar Zain kan? Satu nama yang sememangnya hebat dalam persada seni suara. Dan bila bercakap mengenai Anuar Zain sahaja kita pasti akan teringat akan lagu lagunya, kelunakan suaranya dan kehenseman wajahnya..eh hehe. Dan nama Anuar Zain juga amat amat sinonim dengan persembahan Minggu Setiausaha. Hampir tiap tiap tahun Anuar akan dijemput bagi memeriahkan Minggu Setiausaha dan tahun ini tidak terkecuali . Tahun ini Anuar Zain bakal mengadakan sebuah persembahan eksklusif beliau bersempena Minggu Setiausaha TERINDAH ANUAR ZAIN pada 29 April 2014 (Selasa) di Hotel One World, Bandar Utama. 


Difahamkan di dalam persembahan "TERINDAH" oleh Anuar Zain itu, beliau bakal membuat persembahan selama 90 minit ! Fuh 90 minit bersama Anuar Zain tuuu hehe.. Dan yang terindah ialah Anuar Zain bakal memberikan sesuatu yang istimewa di mana peminat yang hadir akan menjadi orang yang pertama untuk mendengar lagu terbaru beliau. Ohh bagaimanalah bunyi lagu terbaru dari Anuar Zain itu agaknya.. Pastinya terbaekkk... 

Terdapat beberapa KEJUTAN yang akan dilakukan oleh Anuar Zain sepanjang berlangsungnya majlis ini antaranya..


CABUTAN BERTUAH

#Sepasang Tiket Penerbangan Ke Paris 
Di sekitar majlis ini nanti ialah sesi cabutan bertuah. Hadiah paling HEBAT menanti peminat ialah hadiah Percutian ke PARIS.. Yaa PARISSSS bukan Parit Perak ye kawan kawan. Pemenang bertuah akan diterbangkan ke Paris untuk bercuti bersama rakan dan mengecapi keindahan dan keunikan di Paris. Lebih seronok lagi, pemenang akan dapat mengecapi makan malam yang romantik sambil belayar di Bateux Parisiens cruise! Masyallah terujanyaaa...


#2 x PAKAIAN EKSKLUSIF oleh SYOMIR IZWA
Untuk anda yang membeli tiket juga, anda boleh menyertai satu peraduan istimewa di sosial media di mana dua orang peminat wanita bertuah akan berpeluang untuk memenangi busana ready-to-wear rekaan dari pereka fesyen terkenal, Syomir Izwa dengan menggunakan hashtag #TerindahAnuarZain dan #TerindahSyomirIzwa.

#PATCHI, 
#L’OCCITANE,
 #DOLCE GUSTO NESCAFE,
 #Barangan Elektrik
Dan banyak lagi.....

SESI MAKEOVER OLEH ANUAR ZAIN
Dan dikhabarkan persembahan kali ini akan diserikan lagi dengan slot untuk Anuar Zain bermesra dengan peminat di mana Anuar Zain dan ZALORA MALAYSIA akan make-over peminat yang bertuah di atas pentas. Siapakah peminat yang bakal dimake overkan oleh Anuar Zain itu agaknya.. Memang betul betul bertuah tu..

Fuhhh memang rugiii pada yang tidak membeli tiket untuk melihat persembahan Anuar Zain pada malam itu. Bukan sahaja anda akan dihiburkan dengan lagu lagu beliau anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah hadiah yang sungguh HEBAT!!

Difahamkan hampir 70% tiket telah habis dijual.. Ohhh sikit sahaja yang tinggal. Jadi tunggu apa lagi. Cepat cepat kita dapatkan tiket! Tiket-tiket mula dijual pada 7hb Februari depan menerusi www.tiketcharge.com.my manakala tiket untuk VIP boleh diperoleh terus dengan menghubungi Anuar Zain Network di talian 019-3177476 atau 0124642030. Jualan meja korporat dan VIP juga boleh didapati terus dari Anuar Zain Network. Untuk sebarang pertanyaan , sila hubungi 019 3177496 ( Liz )

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/anuarzainnetwork 


Somi Mak Dara Martias Ali Di Majalah Libur

Assalammualaikum duhai teman..

Hampir 3 minggu yang lalu telah berlangsunglah sesi temuramah dan sesi photoshoot somi Mak Dara Martias Ali untuk Majalah LIBUR. Sebuah majalah mengenai travel.. Dan somi Mak Dara selaku presiden MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB MALAYSIA pun diinterview bagi membincangkan tentang cara travel secara backpacking gitewwww... Moh Mak Dara kongsikan sedikit dengan anda gambor yang sempat Mak Dara snap masa sesi interview tu ya..

sesi photografi

Sesi temuramah

Syukur alhamdullilah interview berjalan dengan sangat lancar dan artikelnya baru sahaja keluar di Majalah Libur edisi bulan APRIL. Dan Mak Dara pun baru saja mendapatkan majalah ini sebentar tadi. Dan beginilah ghopanya somi Mak dalam majalah itu hewhewhew




Gitulah rupanya somi mak dalam Majalah LIBUR itu. Tahniah bang.. Soo proud of you.. Kepada wartawan Libur jutaan terima kasih kerana sudi menulis artikel mengenai kelab Malaysia Backpacker dan juga mengenai somi mak.. You guys are awesome ;)

Somi Mak dan wartawan & jurugambar LIBUR

Ok pada anda anda yang minat untuk travel tu bolehlah dapatkan majalah Libur ni tau.. Dan pada sesiapa yang minat untuk travel secara backpacking boleh ke page MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB MALAYSIA . ya :)

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK