Friday, April 11, 2014

Semoga Cepat Sembuh Sayang...

Hampir dua bulan berlalu... Setelah  3 kali ke klinik swasta , 2 kali keklinik kerajaan dan 2 kali ke Hospital Ampang dan bertemu 7 orang doktor, suami Mak Dara Martias Ali masih belum sihat dari sakitnya.. 

Sakit apa? Hmmm itu juga yang masih menjadi tanda tanya kepada Mak Dara, somi dan seluruh keluarga kami.. Ini kerana setelah bertemu dengan 7 orang doktor masing masing memberikan pendapat yang berlainan.. 

DIOGNOSIS Doktor klinik swasta #1
mungkin berpunca dari mucle pain

DIOGNOSIS Doktor klinik swasta #2
 mungkin ada masalah buah pinggang

DIOGNOSIS Doktor klinik kerajaan AU2 #3
mungkin ada kena mengena dengan masalah jantung

DIOGNOSIS Doktor Hospt. Ampang #4
kemungkinan besar telah terkena gigitan serangga berbisa.

DIOGNOSIS Doktor klinik swasta #5
 "parasit" di dalam darah

DIOGNOSIS Doktor klinik kerajaan AU2#6
10hb April 2014
menganalisa blood test yg telah di buat di klinik swasta
dan reffer case ke hospital ampang

DIOGNOSIS Hospt. Ampang #7
membuat temu janji untuk bertemu doktor pakar bedah pada
22hb April depan

Masyaallah setelah berulang alik dari linik swasta ke klinik kerajaan hingga ke hospital kerajaan namun sakit yang ditanggung oleh somi Mak Dara masih tidak diubati.. Kami masih tertanya tanya apakah penyakit sebenar yang dihidapi oleh somi mak.. Tiada seorang pun dari 7 orang doktor dapat memberitahu apakah penyakit sebenar somi mak.. Masyaallah luluhnya hati tiap kali melihat somi mak yang menahan kesakitannya...

Sebentar tadi kami telah kehospital ampang dan sekali lagi terpaksa membuat temujanji untuk bertemu dengan doktor dan kali ini somi Mak Dara diberikan temujanji untuk bertemu dengan doktor pembedahan... PEMBEDAHAN? masyallah apakah sakit somi mak dara ini .. 

somi MD di Hosp. Ampang sebentar tadi


Semoga pada 22hb April depan temujanji dengan Doktor pakar bahagian pembedahan dan merungkaikan apakah penyakit sebenar somi mak ini dan supaya kami dapat meneruskan denganrawatan yang sewajarnya dan tidak lagi terkejar ke sana sini untuk mendapatkan rawatan dan jawapan... Masyaallah.. Ya Allah Ya TUhanku... kau tabahkanlah somi ku dalam menempuh ujianMu ini Ya Allah.. Bersabar dan bertabahlah sayang... Itu maknanya Allah swt sayangkan abang.. Moga segera sembuh dan teruskan berikhtiar ye yang.. insya allah dengan izin Allah swt..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK