Orang berlumba lumba untuk tambahkan follower.. Tapi Mak dara pulak kecoh nak block follower?! Dah kenapa? Meroyan tahap gaban nampaknya... Maunyaaaa Mak Dara tak meroyan bila terlihat sebuah blog luc*h telah follow blog Mak Dara ni.. Yang buat tak seronoknya apabila nama blog itu dan profile pic yang digunakannya fuhhhh tak dapat nak terangkan dengan kata kata...
Ohhh tak boleh jadi ni.. Dah le kebanyakkan pembaca blog Mak ni dari berbilang usia.. Kalau ada yang muda mudi nengok adussssss tak boleh jadi.. Maka Mak ambik keputusan untuk remove dan block follower mak ni.. Namun oleh kerana Mak ni rabun IT maka Mak minta tolong teman teman di FB..
Dan seperti biasa sifu Mak Dara dalam dunia blog ini iaitu HASRUL HASSAN come to the rescue... Siap tolong ajarkan cara cara untuk block..
Syukur alhamdullilah akhirnya beliau telah dapat diblock.. Fuhhhh lemah semangat dibuatnya.. Nasib baik lah ada teman blogger macam Yeop dan sifu Hasrul Hassan support dan bantu.. Kalau tak habislah ketumbit semua pembaca yang datang bertandang ke blog mak dara ni jika terus dihidangkan dengan gambar seperti itu..
Mak Dara dan Sifu HH di SBB2014
Terima kasih terutamanya kepada Sifu HH kerana telah banyak menolong Mak Dara sejak dari mula pembukaan blog meroyan Mak ni.. Kalau nak tahu nama untuk blog ni pun Mak dara minta pendapat dari beliau. HH tak pernah lokek dengan ilmu dan banyak membantu Mak dara dan blogger blogger yang lain.. Haaa jadi sapa ada masalah dengan blog boleh le tanya pada beliau ye.. eh pandai pandai pulak mak jangan marahh ye sifu nanti kena jual hehehe..
Ok pada semua blogger yang lain berhati hati dengan follower baru di blog anda ya.. Kita kena pastikan blog bebas dari sebarang keluc*han huhuhuhu