Saturday, April 19, 2014

Mak Dara Dan Anak Terperangkap Dalam Lif !

OMG Mak Dara and my daughter Adza Isabella Martias stcuk kat dalam lif di starpac point masa nak ke gym Mizfits Fitness sebentar saja tadi.. Meraung raung anak mak nangis sebab takut.. Jangan kan dia mak dia pon takut jugak tapi berlakon macam berani supaya anak tak tambah freak out.. Lepas dah tekan loceng macam nak gila ada suara kat dlm tu yg jaga di control room.. dgn bantuan dia akhirnya pintu lif terbuka.. walaupun sekejap je tp rasa macam berzaman kat dlm lif tu.. Masyaallah kecut perut dibuatnya..

My daghter Bella msh in shock walaupun dah dpt keluar 
dari lift yg stuck tu.. Sian anak mama.

Terima kasih pada adik yang jaga dalam control room tu.. Dia pun bergegas jumpa kami selepas kejadian tu.. Katanya dia pun panik bila dengar suara anak menangis dari speaker lif tu.. Fuhh tu nasib baik kejap saja.. Kalau lama kompom dia akan dengar suara mak pulak yang jerit.. Dah le Mak banyak tulis citer hantu kat dalam lif.. Fuhhh macam macam yang bermain dalam kepala tadi.. Masyaallah.. Apa apapun terima kasih kepada pegawai yang bertugas kerana pantas bertindak.. Really appreciate it..

Hmm ni ada satu masalah.. Anak mak si Bella dah cakap nanti balik dia tak nak naik lif dia nak pakai tangga aje.. Tangga pun tangga lah nak oi.. anything for you...



Eksklusif : Gambar Sekitar Majlis Resepsi Syamsul dan Syafiq Dato Yusof Haslam

Anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq akhirnya telah diraikan di sebuah majlis resepsi perkahwinan masing-masing malam tadi di Dewan Perdanan Felda malam tadi. Ramai artis artis, anak anak seni teman dan saudara mara telah memeriahkan majlis ini. Mak Dara dan somi juga telah memenuhi undangan Dato Yusof Haslam itu. Di sini Mak Dara nak kongsikan dengan anda gambar EKSKLUSIF sekitar berlangsungnya majlis resepsi perkahwinan Shamsul Dato Yusof Haslam & Puteri Sarah Liyana , Shafiq Dato Yusof Haslam & Aiesyah Zainal  .

majlis sedang berlangsung

Dato AC Mizal Dan Serina Redzuawan mengacarakan majlis ini
Di skrin terlihat kedatangan pengantin bersama limosin


Shamsul Dato Yusof Haslam & Puteri Sarah Liyana , 
Shafiq Dato Yusof Haslam & Aiesyah Zainal  bersanding di pelamin


Setelah bersanding para pengantin ke meja makan beradap

Ziana Zain menyumbangkan sebuah lagu khas buat pengantin

Mawi dan Dato Ac juga membuat persembahan

Hail Amir dan Uji Rashid mendendangkan lagu lama mereka

Dato Yusof Haslam dan Datin bertemu dengan semua hadirin

Ramaiii artis yang datang membuat persembahan untuk pengantin antara mereka ialah Mawi dan Ac Mizal, Ziana Zain, Dato Ahmad Nawab, Ziana Zain dan Ramai lagi. Dan di meja Mak dara duduk bersama beberapa artis terkenal seperti Syanie, Sofi jikan, Abang Shaharudin Thamby namun yang paling Mak Dara teruja ialah yang duduk betul betul di sisi Mak dara ialah idola Mak Dara Noorkumalasari!!

Mak Dara dan Noorkumalasari

 Datin Noorkumalasari is sooooo humble.. Siap berborak borak tentang majlis resepsi tu bersama Mak Dara dan somi dan bukan itu saja siap tolong sendukkan lauk untuk Mak Dara.. Ohhhhh she is sooooo sweet masyaallah.. Dan yang paling Mak Dara tak boleh lupa ialah suaranya dan wajahnya yang memang awet muda itu.. It was sooo nice to meet her finally...

Abang Shaharuddin Thamby iaitu teman somi Mak Dara ni memang 
sweet sgt..siap share gambar kami bersama 
dan siap pomot blog mak lagi hehe
tq bangggg...


Majlis resepsi itu berlangsung dengan cukup bersederhana namun amat meriah dengan kehadiran para tetamu.. Dan beberapa moment yang menyentuh perasaan setiap tetamu ialah ucapan dari Dato Yusof Haslam dan anak perempuanya kepada kedua pasang pengantin. They are such a sweet family...

masa untuk pulang

cenderahati buat semua tetamu yang hadir

Jadi itu sajalah gambar eksklusif dari Mak Dara namun harap maaf kerana kualiti gambar tidak clear almaklumlah pakai ipad mini sajer hehe.. Apa apapun Mak dara nak ucapkan selamat pengantin baru buat Shamsul Dato Yusof Haslam & Puteri Sarah Liyana , Shafiq Dato Yusof Haslam & Aiesyah Zainal semoga perkahwinan kalian bahagia ke anak cucu seterusnya hingga ke Jannah insyaallah.. Jutaan terima kasih kerana sudi menjemput kami semua isteri ke majlis resepsi ini.. 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK