Friday, April 25, 2014

HAJI ROCK

Syukur alhamdullilah akhirnya Mak dara berjaya juga siapkan sebuah skrip drama bertajuk HAJI ROCK untuk syarikat JD PRODUCTION milik Kak Julie Dahlan


Skrip ini merupakan skrip Mak Dara yang ke 71 sepanjang Mak menceburkan diri di bidang penulisan skrip sejak tahun 1996. Dikhabarkan yang akan menjadi hero untuk drama ini ialah seorang penyanyi yang tengah hangat dengan lagu "PENCURI/Katak" Mark Adam wowww awesome.. 


Drama ini mengisahkan Afi seorang remaja yang juga merupakan seorang penyanyi sebuah band Rock menghadapi dilema apabila ibunya mahu menunaikan wasiat akhir ayahnya supaya beliau mengerjakan Haji bersama ibunya. Namun tarikh untuk dia dan ibunya mengerjakan haji adalah sama dengan tarikh pertandingan Batle Of The Rockers. Apakah kesudahannya.. Haaa itu kena tunggu drama ni siap nanti lah ye..

Penggambaran akan berlangsung tak lama saja lagi insyaallah.. All the best buat team JD Production ya. Fuhhhh tak sabar untuk melihat drama ini siap dan ditayangkan di kaca TV.. Exited!!!


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK