Thursday, May 1, 2014

AWAS Pemandu Teksi HWD 2760 PENIPU!!


astaghfirullahalazim dan tawakal yang tidak putus Itu saja yang mampu Mak Dara lakukan apabila telah ditipu oleh seorang PEMANDU TEKSI INDONESIA yang membawa teksi no plate HWD 2760 beberapa hari yang lalu. Oleh kerana aktiviti yang terlalu padat hanya hari ini mampu mak dara kongsikan dengan anda. Perkongsian ini bukan untuk menagih simpati atau apa cuma mahu anda berhati hati dengan pemandu teksi ini itu sahaja! Pasti anda nak tahu apa yang telah dilakukan olehnya pada Mak Dara? 

Mak dan anak mahu pulang ke rumah kami. Dari dari Berjaya Times Square kerana menghadiri satu event dan nak balik ke AU5D lembah Keramat. Kami telah menaiki sebuah teksi no plate HWD 2760 yg dipandu oleh seorang warga Indonesia.

Jalan yang dibawanya ialah seperti berikut:

1. jalan ke bulatan Kg pandan,
2.then lalu Maluri.
3. then lalu Pandan Jaya
4. then lalu depan Tesco Ampang,
5.Then masuk kiri masuk ke arah KL semula
6. then baru jalan ikut Jelatek..
7.Then depan tasik yg ada permainan tu dia nak masuk kanan utk mengahala ke Jusco AU2 that is totally a wrong way.. Sebab dia sepatutnya terus melalui jalan ke wangsa walk.

Mak Dara suruh dia berhenti di tepi jalan then bayar and turun dari teksi tu. Yup dia bawa kami pusing jalan yg jauh.. masyaallah... Di bawah mak dara kongsikan video yang mak dara rakamkan semasa berada dalam teksi itu.




Syukur alhamdullilah anak teruna Mak dara turut sama berada bersama Mak Dara kalau mak dara sorang diri entah ke mana dia akan bawa mak dara Masyaallah.. Mak Dara kemudian menahan sebuah teksi yang lain lalu beliau menghantar Mak dan anak sampai ke rumah. alhamdullilah..

Sesampai sahaja Mak Dara ke rumah, Mak dara terus menghubungi SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT(SPAD) di talian telefon Pegawai itu mengambil laporan dan keterangan Mak Dara dan Mak Dara kemudian menghantar aduan melalui email juga sepertti yg diminta oleh pegawai berkenaan.

email Mak Dara kepada SPAD


email balasan dari pihak SPAD

email dari pihak SPAD 

email Mak dara kepada SPAD

Hmmm pening juga kepala Mak Dara dibuatnya. Sudahla ditipu oleh pemandu teksi indon tu, dah buat panggilan aduan kepada pegawai bertugas dan dah email semua butir melalui email. Now diorang minta nama pegawai bertugas pulak.. OMG mana lah Mak dara ingat nama pegawai yang mengangkat panggilan dan menerima aduan Mak dara tempoh hari. Im still in shock kot time tu.. Takkan tak ada cara atau sistem yang boleh mencari siapakah pegawai yg bertugas ketika itu atau nombor aduan ke.. Mak harap aduan Mak dara diterima dan jangan dibuang begitu sahaja ini kerana semua detail mengenai pemandu teksi dah diberi cuma nama pegawai yang bertugas aje yang terlupa laporan tak diterima pulak kan.. 

Tapi tertanya tanya juga bagaimana seorang pemandu warga INDONESIA boleh dapat lesen memandu teksi di Malaysia ni kan.. Tak apalah.. Yang penting semoga pihak SPAD dapat mengambil tindakan terhadap pemandu teksi ini.. Kepada anda yang kurang arif bab bab jalan ni kalau nak naik teksi tu biarlah berteman dan teman tu tahu jalan, diorang ni cari akal je nak penipu penumpang.. Tak semua pemandu teksi begitu.. Arwah pakcik Mak dara sendiri adalah seorang guru pencen kemudian menjadi pemandu teksi. Cuma sayangnya kerana nila setitik habis susu sebelanga kan..



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK