Rambut adalah mahkota paling berharga bagi seorang wanita. Memiliki rambut yang cantik adalah idaman setiap wanita, begitu juga dengan Mak Dara. Mak dara teringin memiliki rambut persis model model shampoo di TV tu yang sentiasa terurus.. sentiasa beralun cantik walau mengharungi pelbagai situasi seperti panas, lembab.. hujan mahupun angin bergelora namun rambut mereka tetap cantikkk dan maintain aje.. Tapi itu dalam iklan.. Namun hakikatnya kita di Malaysia mempunyai cuaca yang panas dan lembab . Bagi yang bertudung memang susah nak menjaga rambut terutama jika terpaksa bertudung seharian bukan...
Bagi wanita yang bertudung macam kita ni, memang sukar untuk mencari shampoo yang KHAS untuk wanita bertudung kan? Tapi janganlah pula itu menjadi alasan untuk kita tidak menjaga rambut kita betul tak? Sebagai wanita kita harus menitik beratkan tentang kecantikkan luaran dan juga dalaman. Menyedari akan perkara ini maka jenama terkemuka Malaysia, SAFI telah mengeluarkan rangkaian produk shampoo terbarunya iaitu SAFI SHAYLA khas buat wanita bertudung.
Keistimewaan
Safi Shayla terletak pada formulasinya yang memanfaatkan kebaikan 'habbatus
sauda'.Habbatus sauda adalah sejenis bijian yang amat penting di dalam
bidang perubatan sehinggakan ianya disebut dalam sebuah hadith nabi yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud.
"Tetaplah kamu dengan habbatus Sauda ini kerana
di dalamnya
terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali
mati".
Rasulullah S.A.W telah mendedahkan
kehebatan Habbatus Sauda lebih dari 1400 tahun yang lalu dan kini kajian-kajian
saintifik membenarkan kata-kata nya. Di dalam habbatus Sauda terdapat lebih
dari 100 jenis bahan-bahan aktif yang sangat berguna untuk kesihatan tubuh
badan manusia terutama bahan-bahan yang boleh membuang penyakit.
Selain dari 'habbatus sauda' ,
Safi Shayla juga terdiri dari multi-vitamin, ZPT, Nano Lipid Enhancer dan
protein. Memahami keperluan rambut muslimah di bawah cuaca panas dan lembap,
kandungan utama Safi Shayla itu mampu mengurangkan kegatalan, menjamin
keselesaan serta menghalang rambut dari berbau dan masalah-masalah yang sering
membelenggu wanita bertudung.
6 produk shampoo dan Perapi Safi Shayla
Jadi
Mak Dara telah mencuba keempat empat shampoo Safi Shayla bersama perapi Safi
Shayla ini dan hasilnya MENAKJUBKAN..
Safi Shayla - KAWALAN RAMBUT GUGUR
Mak Dara memang menghadapi masalah rambut gugur sejak dari melahirkan
anak Mak Dara yang sulung lagi. Setiap kali Mak Dara sikat rambut pasti banyak
rambut rambut Mak yang gugur. Bukan itu sahaja di bilik air selalu tersumbat
oleh kerana banyak rambut mak yang gugur tanpa mak sedari. Namun setelah menggunakan
Safi Shayla - Kawalan Rambut Gugur yang diperkaya dengan protein, rambut mak
dara tidak lagi gugur sebanyak dulu.. Alhamdullilah. Safi Shayla - Kawalan
Rambut Gugur dapat mengawal 80% rambut dari gugur dan menguatkan rambut dari
gugur.
Safi Shayla - LICIN TERURUS
Seterusnya Mak Dara mencuba shampoo Safi Shayla Licin Terurus yang
diperkaya dengan Multivitamin.. Ohhh perasaan lepas menggunakan shampoo ini
memang priceless kerana baunya yang sangat sangat wangi. Rambut menjadi licin
dan senang diuruskan.. Oleh kerana rambut mak dara amat amat amat tebal memang
selalu tersekat ajelah tiap kali Mak menyikat rambut namun setelah
menggunakan Safi Shayla Licin Terurus.. memang lembut saja bila
disikat..
Safi Shayla - SEGAR BERMAYA
Mak Dara juga telah mencuba shampoo Safi Shayla - Segar Bermaya yang diperkuat
dengan Nano Lipid Enhancer. Tatkala menggunakan shampoo ini kepala mak dara
rasa sangat sangat segar. Fuhhhh memang freshhhhh .. Shampoo Shayla Segar dan
Bermaya memang dapat membuatkan rambut segar beralun. Dengan wangiannya yang
dapat bertahan sehingga berhari hari selepas digunakan..
Safi Shayla - ANTI KELEMUMUR
Masalah wanita yang bertudung yang utama ialah kelemumur. Termasuklah
dengan Mak Dara. Ini kerana terpaksa bertudung dalam cuaca yang tidak menentu .
Kadang kadang lembab.. Kadang kadang panas .. Tambahan pulak setiap kali lepas
mandi terpaksa keluar dan memakai tudung walaupun rambut masih basah. Ini yang
membuatkan kelumumur berleluasa di kepala. Jadi dalam banyak banyak shampoo
oleh Safi, Shampoo anti kelumumur dengan ZPT ini membuatkan mak dara tak sabar
untuk mencubanya.. Dan alhamdullilah setelah menggunakan shampoo ini kelumumur
di kepalaMak dara dah kurang banyakkkk.. Ohh tak sabar nak pakai selalu dan menyahkan
terus kelumumur ini dari kepala Mak Dara buat selama lamanya.
PERAPI RAMBUT – SAFI SHAYLA
dengan 2x ganda manfaat Habbatus Sauda serta Multivitamin untuk setiap
jenis rambut dan haruman kekal sehingga 48 jam berdasarkan ujian makmal.
PENYEGAR KULIT KEPALA
Melengkapkan pupur rambut khusus untuk wanita
bertudung) – SAFI SHAYLA diperkaya dengan 5x ganda manfaat Habbatus
Sauda dan Mentol yang bertindak memberikan kesegaran kepada kulit kepala agar
nutrisi rambut mendapat manfaat tersedia dan memberikan keyakinan serta rasa
nyaman dingin dengan haruman yang kekal sehingga 48 jam berdasarkan ujian
makmal walaupun seharian bertudung melewati agenda harian yang padat atau cuaca
yang terik atau lembap.
Dengan menggunakan shampoo Safi Shayla ni mak dara
tidak lagi menghadapi masalah rambut. Ini membuatkan Mak dara bertambah yakin
dan confident untuk menjalankan aktiviti harian Mak Dara. Safi Shayla
boleh didapati di TESCO, GIANT, MYDIN, FARMASY dan kedai kedai runcit
berdekatan anda.
Terkini mengenai Safi.. Mak Dara baru saja tahu
mengenai satu contest yang dijalankan oleh SAFI iaitu Jelita Bersama Safi Shayla
Syarat Syarat
Peraduan
- Para peserta dikehendaki follow instagram Safi Shayla
- Para peserta berkongsi gambar mereka yang
mengenakan pakaian yang sepadan dengan personaliti syampu Safi di
Instagram dan hashtag #jelitabersamasafishayla, #safishayla dan
#safimalaysia dan @adzairdawati dan @ safimalaysia
- You all mesti public-kan Instagram account
supaya Mak Dara boleh nampak your post
- Pemenang hadiah utama akan mendapat peluang
untuk menikmati sesi make over bersama blogger. Selepas itu, pemenang
dapat membawa pulang pakaian yang ditaja.
- Pemenang akan menghadiri sesi make over
bersama semua blogger lain dan pemenang masing-masing. Semasa sesi itu,
pemenang akan akan mengadakan sesi photoshoot mudah untuk blogger untuk
mengambil gambar dengan pemenang mereka sebagai kenang kenangan
- Peraduan berakhir pada 31 May 2014
Haaa jangan tunggu lagi. Jom kita sertai contest
ini beramai ramai.. Besttt tu kalau menang dan dapat buat sesi make over lepas
tu dapat baju yang ditaja. Untuk maklumat lanjut mengenai SAFI Shayla sila ke
www.safi.com.my, facebook.com/SAFI.MY dan
laman Instagram @safimalaysia.
Ingat follow Instagram Mak Dara @adzairdawati untuk
sertai contest ni!