Saturday, October 25, 2014

Kisah Di Sebalik Lagu Maal Hijrah

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita bersama-sama sekali lagi menyambut tahun baru Hijrah. Bersempena dengan ketibaan tahun baru Hijrah Mak Dara ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua muslimin muslimat dan pembaca blog mak ini. 



Setiap kali tibanya Maal Hijrah pastinya lagu MAAL HIJRAH ini akan dinyanyikan dan berkumandang. Cerita di sebalik lagu Maal Hijrah ni sebenarnya..  kalau anda nak tahu arwah somi Mak Dara, Martias Ali antara yang menyanyikan lagu ini bersama rakan rakan MUSIC SCHOOL UITM Shah Alam pada tahun 80an dahulu.. Merekalah yang original menyanyikan lagu ini dan dirakam di Studio Filem Negara dan mulalah lagu itu berkumandang di radio di seluruh Malaysia... 

Masa kecik kecik dulu Mak Dara selalulah menyanyikan lagu ini bila tibanya Maal Hijrah tanpa mengetahui bahawa Mak Dara bakal mengahwini salah seorang dari penyanyi yang menyanyikan lagi itu bila mak besar kelak hehehe.. What a small world kan ..

Kini lagu Mal Hijrah dah banyak versinya.. Dan banyak dinyanyikan semula dan salah satunya adalah dari kumpulan Al Ajiba di ataslah.. Mak cuba juga cari versi original yang dinyanyikan oleh somi Mak Dara tu tapi tak ada.. Syang betul kan.. Kalau tak boleh le anak anak mak dara dengar suara arwah papa mereka . 

Mak Dara ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah dari Mak Dara dan keluarga.... Walaupun Maal Hijrah tahun ini arwah suami tidak berada di sisi.. Namun arwah tetap di hati.. Moga tahun baru ini kita semua lebih berjaya dan lebih bahagia dan moga hari-hari akan datang lebih baik dari hari sebelumnya Insyaallah dengan izin Allah swt.



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK