Sunday, November 2, 2014

KEHILANGAN oleh Penulis Jemputan Mak Dara - Farhana Mohamad

Assalam duhai teman.. Ya sejak kebelakangan ni Mak Dara agak jarang jarang dan kadang kadang mengupdate entri di blog kecintaan Mak Dara ni kan.. Ya la sejak dah pegang dua tanggungjawab besar iaitu sebagai Ibu dan ayah kepada 4 orang cahayamata Mak sejak pemergian arwah suami mak membuatkan Mak Dara tidak punya kekangan masa yang secukupnya untuk mengarang.. Jadi beberapa hari yang lalu Mak Dara membuka peluang kepada teman teman facebook Mak Dara jika ada sesiapa yang sudi untuk menjadi PENULIS JEMPUTAN di blog picisan Mak Dara ini.. Ingatkan takde yang sudi namun alhamdullilah ada juga yang sudi.. Jadinya mari Mak Dara kenalkan dengan PENULIS JEMPUTAN pertama bagi Mak Dara iaitu blogger Farhana Mohamad iaitu pemilik blog http://farhana-mohamad.blogspot.com/
Farhana Mohamad

Mari kita baca nukilan Farhana yang berjudul KEHILANGAN....
-KEHILANGAN-
Mungkin ada yang pernah mengalami kehilangan orang yang kita sayang. mungkin ada yang belum pernah mengalaminya. untuk pulih kembali bukannya sesuatu yang mudah. untuk terus kembali ceria bukanlah semudah yang disangka. Kenangan ketika bersama memang sentiasa bermain di fikiran. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk terus pulih 100%. Ada sesetengah orang memakan masa bertahun untuk pulih.

jika kehilangan itu berlaku dalam proses yang perlahan, mungkin kita tidak terlalu terkejut. Orang yang kita sayang menderita sakit, dan peluang untuk sembuh seperti sediakala amat tipis. Dari mula dia sakit, kita mungkin dah boleh redha dan bersedia untuk kehilangan dia pada bila2 masa.

Berlainan pula jika kita kehilangan orang yang kita sayang secara mengejut. Kita langsung tidak bersedia untuk menerima berita kehilangan. Tiba-tiba sahaja mendapat berita yang sememangnya langsung tidak pernah terlintas yang beliau akan pergi dulu. Ibarat terkena petir! Bukan kita tak redha, cuma terkejut.

Dan orang sekeliling. Ada yang sentiasa memberikan kata semangat dan ada sesetengahnya pula langsung mematahkan semangat yang baru baik.
“ehh kau, orang tu dah takde, cari je la yang lain.”
“dia yang takde bukannya kau. Kenapa susah sangat kau nak lupakan.”

Amboii mulut. Cili nak?
Ingat senang nak lupakan?
Ingat nak cari pengganti tu ibarat seperti awak ke tesco dan pilih barang yang nak beli.

Jangan kau tanya bila orang tu nak kahwin lagi mahupun mencari pengganti, itu soalan yang sangat membunuh. itu antara dugaan yang perlu ditempuh bagi mereka yang kehilangan pasangan hidup. pakwe, tunang, ataupun suami.

kehilangan ibubapa, itu yang mungkin akan dilalui hampir kesemua kita. bagi kaum adam khususnya, belajarlah untuk mengimami solat jenazah ibu, ayah mahupun adik beradik kita sendiri. alangkah bahagianya rasa bila melihat seorang anak menjadi imam solat jenazah ibubapanya mahupun ahli keluarganya sendiri. jarang sekali dapat melihat seorang anak mengimamkan solat jenazah ibubapa sendiri. Dan pasti ibumu tersenyum bila melihat anak yang mengimamkan solat jenazahnya. Sungguh beruntung dirimu ibu. :)

Mereka sekeliling memainkan peranan penting dalam menaikkan semangat dan mengurangkan kesedihan ahli keluarga. Teruskan bagi semangat pada mereka. Kadang mereka nampak kuat, tapi hakikatnya mereka belum kuat. Semangat mereka belum pulih sepenuhnya walaupun senyuman yang awak tengok dia ukirkan tu sangat lebar.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Seusai siapkan entry, mendapat perkhabaran bahawa sahabat blogger acik (akupenghibur) kehilangan ayahnya. Salam takziah buat acik sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-fatihah


 Perghhhh satu nukilan yang sangat bagus dik.. Dan entry ini amat dekat di hati Mak Dara kerana Mak Dara juga telah kehilangan cinta hati dan suami mak dara tak lama dulu.. Mak Dara juga ingin mengucapkan salam takziah buat Acik iaitu teman blogger yang sangat baik pada Mak Dara dan telah lama Mak kenal.. Semoga Acik tabah menghadapi kehilangan ini...

Terima kasih kepada Farhana kerana menjadi penulis jemputan yang julung julung kalinya buat blog Mak Dara ini ya.. Perghhh pecah rekod tau sebab Mak tak pernah lagi ada penulis jemputan.. Soo.. ada yang sudi nak menjadi penulis jemputan di blog Mak ni? Tapi takmolah pomot produk k.. promote blog boleh hehe.. Ok sehingga bersama penulis jemputan Mak Dara seterusnya.. jumpa lagi... Ok jom klik di SINI untuk ke blog Farhana Mohamad jom!!!




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK