Wednesday, September 2, 2015

Titipan Banduan Muda Shazzwan

Bertempat di Hard Rock Cafe telah berlangsung sebuah pelancaran Album oleh seorang artis Hip Hop Baru iaitu SHAZZWAN . Tajuk album yang dilancarkan itu adalah TITIPAN BANDUAN MUDA. Dan Mak Dara rasa sungguh teruja untuk turut sama memeriahkan majlis yang sungguh hebat dan berprestij sekali. Kenapa Mak Dara berkata berprestij? Ini kerana majalis ini turut dihadiri oleh kerabat di Raja Selangor.

Majlis telah berlangsung dengan meriah dengan kehadiran penaung Yayasan Raja Muda Selangor sendiri iaitu Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj S.P.M.S, S.S.I.S, S.P.M.K. Manakala Pelancaran album Shazzwan pula telah dilancarkan oleh Duli Yang Amat Mulia Tengku Datin paduka Setia Zatashah Binti Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj S.S.I.S. 

Shazzwan lahir dari sebuah program yang dianjurkan Yayasan Raja Muda Selangor iaitu program ''Talent for the World'' . 


Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah
 Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerima momento hadiah dari Shazzwan

Duli Yang Amat Mulia Tengku Datin paduka Setia Zatashah Binti Sultan Sharafuddin 
Idris Shah Alhaj melancarkan album Shazzwan

Shazzwan membuat persembahan yang sungguh hebat

Shazzwan ditemuramah oleh TV3

Kulit album Shazzwan

Pasti ada yang tertanya tanya kenapa tajuk album Shazzwan bertajuk TITIPAN BANDUAN MUDA kan? Jika anda nak tahu Shazzwan pernah dipenjara dan ditahan di pusat tahanan juvana. Namun nasibnya sungguh bertuah kerana mendapat peluang kedua apabila telah terpilih sebagai pemenang dalam program Talent For The World dan berjaya mengeluarkan album dan bertambah bernasib baik kerana mendapat artis hebat seperti Yogi B menjadi mentornya.

Mak Dara dan Shazzwan

Mak Dara bersama Yogi B

Mak Dara sembat bertemu berbual dan berselfie bersama Shazzwan dan juga Yogi B. Ternyata mereka berdua sungguh humble . Melihat persembahan Shazzwan semalam mak dara pasti dia akan berjaya dalam industri muzik. Rap dan Lagunya memang sesuai dengan muzik pada masa kini. 

Majlis diteruskan dengan sesi Q&A oleh pihak media kemudian jamuan dihidangkan kepada para tetamu. Dan pada masa itulah Mak Dara sempat bertemu beberapa teman blogger yang lain seperti Ben, Bro Framestone, Shirley, Parizan, Mrsyanie, Kid dan ramai lagi.

Mak Dara bersama blogger Sherly dan Kid

Bersama Blogger Bro, Shirley dan Ben

Akhir sekali Mak Dara ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Shazzwan semoga menjadi artis yang berjaya satu hari nanti. Dan semoga Yayasan Raja Muda Selangor dapat melahirkan lebih ramai bakat bakat baru. Sebelum Mak dara mengakhiri entry ini jom ramai ramai kita menonton video klip oleh Shazzwan di youtube . 




9 comments:

  1. Bestnya mak.. sambil tengok persembahan, siap boleh jumpa blogger2 gitu, kipidap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang best.. Tambahan dapat pula melihat persembahan yg sangat hebat rasa sangat berbaloi

      Delete
    2. Aah memang best.. Tambahan dapat pula melihat persembahan yg sangat hebat rasa sangat berbaloi

      Delete
  2. Replies
    1. Emalin.. aah memang bagus rapnya.. tambahan pula mentornya Yogi B bertambah mantap persembahannya tu..

      Delete
    2. Emalin.. aah memang bagus rapnya.. tambahan pula mentornya Yogi B bertambah mantap persembahannya tu..

      Delete

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK