Mempunyai ahli keluarga yang tidak sihat dan memerlukan rawatan amatlah
menguji diri pesakit dan juga kepada ahli keluarga itu sendiri. Mak Dara pernah
melalui saat-saat seperti itu apabila arwah suami Mak Dara iaitu Martias Ali
yang menghidap LYMPHOMA iaitu sejenis kanser darah stage 4 pada tahun lalu.
Semasa berada di wad selama hampir sebulan Mak Dara banyak bergaul
bersama pesakit dan juga ahli keluarga mereka. Terdapat ramai juga mereka yang
tinggal jauh dari hospital dan terpaksa menumpang tinggal di rumah saudara dan
ada juga yang terpaksa menyewa di hotel . Namun bagaimana jika pesakit harus
mendapatkan rawatan bertahun lamanya? Mampukah pesakit dan ahli keluarga untuk
terus menumpang di rumah saudara ataupun mampu membiayai kos sewa hotel selama
bertahun-tahun itu? Sudah tentu tidak mampu bukan..
Prihatin terhadap masalah itu maka salah satu program
unik yang dijalankan oleh RMHC adalah Rumah Ronald McDonald (Ronald McDonald House
- RMH) yang menyediakan kemudahan tempat tinggal untuk keluarga semasa anak-anak mereka menerima rawatan di Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia(HUKM).
Rumah Ronald McDonald telah dibina pada Februari tahun 1990 oleh Ronald
McDonald House Charites (RMHC) sebagai sebuah organisasi NGO. Antara program unik yang dijalankan oleh RMHC adalah Rumah
Ronald McDonald Program Biasiswa Ronald McDonald , Bilik Sensori Ronald
McDonald, dan Ronald McDonald Gift of
Smile.
Rumah Ronald McDonald
Mak Dara merasa amat bertuah dapat meluangkan masa untuk melawat ke
Rumah Ronald McDonald di PPUKM pada beberapa hari lepas. Setibanya di sana Mak
Dara dan beberapa teman disambut mesra oleh Puan Idayu Mukti iaitu Pengurus
Rumah Ronald McDonald.
Mak Dara bersama Puan Idayu Mukti
Pengurus Rumah Ronald McDonald
Puan Idayu dengan baik hati membawa Mak Dara dan teman teman untuk tour
sekeliling rumah Ronald McDonald ini. Mak Dara rasa amat teruja dengan semua
kemudahan yang disediakan oleh Rumah Ronald McDonald. Pasti anda juga nak tahu
apa yang terdapat di Rumah Ronald McDonald itu kan? Mari Mak Dara kongsikan
bersama anda..
Bilik tidur sesuai untuk 4 ahli keluarga
Ruang Makan
Ruang Dapur
Surau
Kawasan permainan
Mak Dara amat teruja dengan apa yang disediakan oleh Rumah Ronald
McDonald itu. Kebersihan pada tahap amat
maksimum dan kemudahan yang amat mengagumkan. Rumah Ronald McDonald yang
bernilai RM2 juta itu mempunyai 19 buah bilik dengan pelbagai
kemudahan. Semua bilik mempunyai tiga katil dilengkapi dengan bilik air,
dapur, bilik mainan kanak-kanak, bilik membasuh kain, surau dan ruang
televisyen dan banyak lagi. RMH mempunyai
19 buah bilik yang mampu menampung keperluan harian sesebuah keluarga dengan
kadar bayaran hanya RM5 sehari!
Adik Adam bersama keluarga
Sementara itu salah seorang pesakit yang sempat Mak
Dara temui iaitu Adik Mohd Adam kelihatan amat seronok bermain di bilik
permainan yang disediakan oleh Rumah Ronald McDonald sementara menunggu waktu
rawatan yang akan dihadirinya, Ibu Adam berkata, ahli keluarganya berasa
amat selesa semasa menginap di RMH sejak dua tahun lalu ketika Adam menjalani
rawatan di PPUKM.
Mak Dara bersama teman dan Adam sekeluarga
Sehingga kini, RMH telah menempatkan lebih daripada
450 buah keluarga dengan anak-anak yang memerlukan rawatan di PPUKM. Bayangkan
betapa ramai keluarga yang telah dibantu oleh mereka.
Terbaru RMHC bakal menganjurkan sebuah event iaitu kempen Show Your Stripe
bertemakan #Demi RMHC – I’m For The Kids yang akan bermula di semua restoran McDonalds Malaysia pada 7 November 2015. Stoking berjalur jalur merah dan putih ini dijual sehingga stok masih ada.
Sebahagian daripada usaha mengumpul dana adalah
melalui Kempen Show Your Stripe yang
akan mendorong orang ramai untuk membeli dan memakai stokin berjalur-jalur
merah dan putih bagi menunjukkan bahawa mereka peduli dan prihatin.
Stokin red and white striped atau berjalur-jalur merah dan putih akan
mula dijual di semua cawangan McDonald's mulai 7 November 2015 dan semua
sumbangan akan diserahkan kepada pihak RMHC. Marilah kita bersama sama
menyertai kempen Show
Your Stripe ini dan membantu mereka yang memerlukan.
begini dapat menyemai sifat kasih sayang dan saling
membantu di kalangan masyarakat kita. Untuk maklumat lanjut boleh ke link
ini : http://rmhc.org.my/causes/ronald-mcdonald-house-ppukm/
RMHC juga mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan
dari orang ramai yang ingin menderma atau menjadi sukarelawan. Hubungi RMHC di
talian 012 365 7324 atau layari www.rmhc.org.my