Mak Jah.. Kak Tipah.. Mek Ani.. Pak Haji Shuib.. Abang Dolah.. Dik Kiah.. semua orang orang kampung sekelian.. Ni Mak Dara nak habaq mai kat hangpa semua yang KARNIVAL KARANGKRAF 2015 kembali lagi!!!
Event
: Karnival Karangkraf 2015
Masa
: 9.00 Pagi – 7 Malam ( Jumaat, Ahad)
9.00
Pagi – 11.00 Malam (Sabtu)
Tempat:
Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15
Apa yang ada di Karnival Karangkraf 2015? Ishhh macam macam ada dik oi!! Diskaun hebat produk terbitan Karangkraf
seperti majalah, novel, buku, Al-Quran dan akhbar Sinar Harian sehingga 80%. Memang amat amat bersesuaianlah dengan Tagline mereka “kami ada semuanya” . Bukan itu saja jom tengok apa lagi aktiviti hebat yang mereka tawarkan kepada semua pengunjung Karnival Karangkraf 2015. Aktiviti aktiviti adalah seperti berikut...
Antara aktiviti (general);
· Masakthon
(Para penulis buku masakan Alaf 21 bakal bergilir-gilir menyediakan masakan
dengan resepi istimewa mereka.)Bengkel
Penulisan Thriller, Demo
Tudung, Sesi
beramah mesra dengan novelis dan penulis, seperti Ramlee Awang Murshid, Damya
Hanna, Zaifuzaman Ahmad, Batiah Hadi, Julia Basri, Ayu Emelda, Azilah Wahab
& ramai lagi.
Bukan tu saja... Maskot-maskot
kartun kegemaran ramai seperti Upin & Ipin, Boboiboy, Chichi Chacha,
Supersquad cosplay
anime untuk menghiburkan para pengunjung. Ni pada ibubapa yang ada anak tu jangan lepaskan peluang ni.. Kompom anak anak anda suka jumpa maskot pujaan hati diorang ni.
Aktiviti
menarik pada Sabtu 31/1/2015
·
Ceramah
Perdana dan Pelancaran buku Ustaz Kazim Elias, Forum
Bicara Cinta Anak Muda, yang dibawakan oleh Majalah I akan menampilkan PU
Azman, PU Yusof , Heliza Helmi dan Amin Idris selaku moderator. Selain forum,
pengunjung bakal disajikan dengan persembahan pemenang Anugerah Nasyid IKIM
2014, Daqmie.
Aktiviti
menarik pada Ahad 1/2/2015
·
Temui
20 Finalis Dewi Remaja
· The Largest Frozen Kids Gathering yang dianjurkan untuk kanak-kanak yang
berumur 4 tahun dan ke atas berpakaian seperti Elsa dan Anna. Mini
Konsert 30 Tahun Media Hiburan, ramai artis popular yang akan membuat
persembahan, antaranya, Ajai, Amelina, Awie Rafael dan banyak lagi. Dan dengar khabar Mojo juga akan berada di sana.. Perghhh kalaulah ada CALIPH BUSKERS bersama MOJO kompom lagi havocccc!!!
Selain itu antara tarikan Karnival
Karangkraf kali ini adalah Famous Food
Truck yang semakin dikenali ramai dan tidak ketinggalan menu popular The Pisang Cheese.Terdapat juga lebih 14 gerai makanan dan
minuman yang kita bawakan kepada pengunjung dengan pelbagai menu menarik dan
lazat. Haaa ni kepada food lover macam mak dara moh le melakukan sesi penambahan lemak.. Makan kaw kaw dulu lepas tu kita semua eksesais ye hehe...
Antara Kemudahan yang disediakan kepada
para pengunjung:
·
2000
parkir percuma.
·
Gerai
jualan makanan dan minuman
·
Kemudahan
Surau dan Solat Jumaat.
·
Khidmat
Bas Rapid ulang-alik disediakan secara percuma.
(Laluan Bas : Masjid Negeri Shah Alam--- Petronas
Dataran Automobil Seksyen 15---Karangkraf
---SACC.
Mak aiiiii banyak betul la aktiviti aktiviti yang bakal berlangsung di Karnival Karangkraf 2015 ! Rugiiiii kalau kita tak pergi dan menghavockan dan memeroyankan karnival sehebat ini !! Mak Dara pun akan ke sana.. Kita jumpa di sana di sana di sanaaaaa ya...
Rugi kalau tak datang !!!
Maklumat layari www.karangkraf.com/ karnival-karangkraf