Friday, January 30, 2015

Jom Temui Frozen Dan Doraemon di Karnival Karangkraf 2015

Anda atau anak anak anda peminat kartun DORAEMON atau FROZEN???? Temui karakter pujaan anda di KARNIVAL KARANGKRAF 2015!!


Mak Dara membesar dengan kartun Doraemon ni.. Sehingga pernah semasa Mak Dara kecil terbayang dan mengimpikan untuk memiliki poket seperti Doraemon yang berupaya mengeluarkan segala jenis alat alat yang sungguh hebat hehe.. Jadi jangan lepaskan peluang untuk temui DORAEMON di Karnival Karangkraf pada 1hb Februari 2015 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam ye..

Jika zaman zaman kita dulu kartun Doraemon menjadi pojaan hatikuuuu.. Kini zaman anak anak kita pula tak lain tak bukan karektor kartun di carta pertama di hati mereka ialah FROZEN.. Rasanya bukan setakat anak anak aje yang minat dengan kartun Frozen tapi kompom ibu bapa juga dah mula menghafal lagu "Let it Go" kan.. Jadi kepada peminat FROZEN moh le sertai perhimpunan terbesar Kanak Kanak Frozen @ Karnival Karangkraf.

 Banyak aktiviti menarik ditawarkan antaranya  permainan games , lucky draw, Bergaya semanis Elsa dan Anna dan Pertandingan nyanyian "Let It Go". Para pengunjung juga berpeluang memenangi wang tunai untuk pakaian tercantik Elsa dan Anna.. Semua pertandingan terbuka kepada kanak kanak 4 tahun ke atas . Dan 300 goodies bag akan dierikan kepada 300 penyertaan pertama. Dan yang paling bestnya  masuk adalah percuma..

Jadi jangan lepaskan peluang untuk bersama sama Doraemon dan Frozen di Karnival Karangkraf pada 1hb Februari 2015 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam. Jumpa anda di sana di sana di sanaaaaaaaaaaaa!!!

Mak aiiiii banyak betul la aktiviti aktiviti yang bakal berlangsung di  Karnival Karangkraf 2015 ! Rugiiiii kalau kita tak pergi dan menghavockan dan memeroyankan karnival sehebat ini !! Mak Dara pun akan ke sana.. Kita jumpa di sana di sana di sanaaaaa ya...

Save The Date ....
Rugi kalau tak datang !!!




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK