Assalam duhai teman.. Udoh agak lamer Mak Dara tak bersiaran secara langsung dan tidak langsung dengan pembaca blog Mak Dara ni kan.. Di harap awok awok dan awok sekelian penduduk Malaya idok le marah dengan Mak ye.. Al maklumlah Mak baru sahaje berpindah ghumoh.. Mangkala kata nak cari line tenet amatler susoh kemain..
Ok untuk entry kali ini ingin Mak khaborkan tentang.... Genius
Pa&Ma diulang cetak!
(Ok serius mode on jap ye hehe) Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk
anak-anak bukan? Andai dilihat senario hari ini, boleh dikatakan semua ibu bapa
sangat menekankan soal pendidikan anak-anak bagi membentuk sahsiah yang baik
dan bijak. Malah elemen ini diterapkan sejak bayi dalam kandungan lagi.
Mengungguli terbitan majalah Berbahasa Melayu
berkonsepkan panduan keibubapaan dan prasekolah sejak 15 tahun lalu, Pa&Ma sentias
berusaha memberikan informasi terbaik untuk ibu bapa dalam usaha membesarkan
dan mendidik anak-anak sejak dalam kandungan lagi. Pa&Ma ialah rujukan
terbaik dunia keibubapaan untuk ibu bapa mudah khususnya.
Selari dengan matlamat melahirkan anak-anak
bijak dan bersahsiah tinggi, buat pertama kali Genius Pa&Ma iaitu terbitan
Edisi Khas majalah Pa&Ma telah mula menemui pembaca sejak Oktober tahun
lalu. Melihat sambutan yang positif, Edisi Khas ini dipasarkan semula bagi
memenuhi permintaan ibu bapa yang mempunyai anak yang berusia tiga hingga enam
tahun.
Masih mengekalkan konsep keibubapaan, Genius
Pa&Ma wajar dimiliki oleh ibu bapa, pengasuh dan tenaga pengajar di taska
dan tadika. Ini kerana ia memberi panduan tentang bagaimana mendidik, memahami
dan merangsang pertumbuhan dan perkembangan anak-anak yang semakin aktif dan
bijak menerokai dunianya dari segi fizikal, emosi dan kognitif.
Dengan tagline ‘Rujukan Keibubapaan Bentuk
Anak Bijak 3-6 tahun’, Genius Pa&Ma diyakini akan menepati citarasa ibu bapa
yang mahukan segala-galanya terbaik buat anak-anak merangkumi pendidikan, penampilan dan kesihatan .
“Penerbitan Genius Pa&Ma bertujuan
memberi pendedahan dan panduan kepada ibu bapa muda zaman ini betapa pentingnya
ilmu keibubapaan berkaitan perkembangan dan tumbesaran awal kanak-kanak.
Biasanya, ibu bapa akan membuat persediaan rapi untuk menyambut cahaya mata pertama
dan begitu mengambil berat soal penjagaan bayi. Bagaimanapun apabila anak
semakin membesar dan pandai berdikari, mereka sering dibiarkan main sendiri
malah gajet dijadikan teman rapat. Dan
pada masa ada ibu bapa yang menyerahkan bulat-bulat kepada tenaga pengajar di
taska dan tadika untuk mengajar anak-anak menulis, membaca, membuat aktiviti
kraf, mengaji dan bersolat. Cara ini sebenarnya tidak betul kerana ibu bapa
perlu sedar bahawa mereka mempunyai peranan tersendiri dalam proses
perkembangan anak-anak ini,” ujar Editor Eizan Ariffin.
Dengan gaya atur letak, fotografi yang trendy
dan segar, Genius Pa&Ma bakal
melengkapkan ‘keperluan’ ibu bapa yang prihatin untuk memahami tentang tahap perkembangan anak dan lebih peka mengenai apakah
bentuk pendekatan yang boleh digunakan bagi merangsang minda dan fizikal si
kecil agar membesar cergas dan cerdas. “ Jika ibu bapa peka
dengan tahap perkembangan anak, mereka akan dapat kenal pasti dengan cepat
apakah kelebihan atau kekurangan yang anak mereka miliki. Andai ada kekurangan,
ibu bapa yang berilmu biasanya lebih positif dan pantas mengambil tindakan yang
sewajarnya demi kebaikan anak,” ujarnya lagi.
Antara segmen menarik
Genius Pa&Ma ialah Perkembangan Kanak-kanak, Gaya & Kesihatan, Adik
Bijak, Sisipan 32 muka surat tentang Pemakanan Anak, Famili, 10 muka surat Jom Relaks yang mampu menguji minda anak-anak
serta segmen Prasekolah yang bakal menjadi kemuncak kanak-kanak berusia tiga
hingga enam tahun ini.
TESTIMONI
IBU BAPA
Rosfakihah Hassan

Dr. Hj. Tengku Asmadi Tengku Mohammad
.jpg)
Ayu Rafikah

Untuk pembelian online, anda bakal mendapat lebih banyak diskaun! Layari http://mall.karangkraf.com/products/Genius-Pa&Ma-(Pre-Order)/3881
REBUT PAKEJ MENARIK
INI!
BELI GENIUS Pa&Ma
PERCUMA 1 majalah Pa&Ma isu lepas dengan hanya RM10!
Terhad sepanjang
bulan MAC sahaja.
Jom follow kami di:
Instagram : Majalahpama
Facebook : majalahpama
Web site : http://pama.karangkraf.com
MAK DARA DAH DAPATKAN GENIUS PA&MA!! ANDA BILA LAGI??
JOM DAPATKAN SEKARANG!!!!!!
JOM DAPATKAN SEKARANG!!!!!!